31 December 2011

Jiwa dan aku

Assalamualaikum,

Novel pertama aku baca, Lagenda Budak Setan.

Setebal kamus, buku sekolah tidak dibaca.

Patutlah merah report card dulu.

Tidur baca novel, layan sendu.

Okey, macam teruk.

Dahulunya, aku tidak gemar semua ini.

Jiwa aku tidak pada jiwang mawang.

Entah macam mana, mungkin apabila PMS pertama aku datang.

Akhirnya, beginilah.

***
Okey, aku memang jiwang.

Sekian terima kasih. Harap makteh.

Love.

P/s: www.fixi.com.my . Aku beli di Popular saja.

28 December 2011

Usah diragui

Assalamualaikum,

Sayang
Di mataku diriku
Siapapun daku
Usah diragui
Usah curigai
Hati ini

Sayang
Kita pernah bicara
Pada suatu ketika
Tentang cita-cita
Tentang hari muka
Tentang cinta

Ku masih jua
Seperti dulu
Putaran waktu
Tak merubah hatiku Sayang
Sesungguhnya ku tahu
Bukan mudah bagimu
Semua yang berlaku
Akan mengujimu
Mengujiku

Apa terjadi
Usah ragui
Hati ini

-Siti Nurhaliza-

P/S: Kamu ada rasa/pernah ragu pada pasangan kamu?

Amaran keras : Entri tidak ada kaitan dalam hidup aku.

24 December 2011

Permulaan sesuatu

Assalamualaikum

Berputik perlahan-perlahan.

Sama seperti perasaan kita pada seseorang.

Lama kelamaan, ia akan mengeluarkan kelopak menyala.

Bercambahnya perasaan kita pada seseorang.

Sirami perhubungan dengan kepercayaan, keikhlasan, kesungguhan.

Perasaan kita pada seseorang itu tidak pernah berhenti.

Seteruk mana kita diperlakukan, ia tetap menghimpit.

Semakin jauh kita melemparnya, semakin dekat ia datang.

'Forgive and forget.'

Kata-kata yang sangat mudah untuk dituturkan.

Ibaratkan sekeping kertas diremuk dan dibuang.

Tetapi hakikatnya, ia tidak semudah itu.

Tetapi untuk itu, cubalah walaupun payah.

Cubalah walaupun rasanya pahit.

Masa akan menghakisnya seperti batuan dititik air.

Saat sekuntum bunga melayu dan mati.

Ambil yang baru tanam dan semai.

Lakukannya sehingga ia betul ghaib dalam hati.

“The truth will set you free, but first it will piss you off.”
Gloria Steinem

Love.

22 December 2011

Monarch

Assalamualaikum,

Namanya Monarch Butterfly.

Namanya diambil sebagai Monarch.

Mengapa Monarch?,

ini kerana jumlahnya yang dominan dalam keluarga rama-rama.

Dalam hidup kita, lumrah ada yang mahu menjadi dominan.

Mahu sentiasa lebih.

Sentiasa tidak puas.

Ada yang dominan ini penuh kepura-puraan.

Menghidupkan sesuatu yang tidak pernah wujud.

Hanya mahu dihormati tetapi tidak mahu menghormati.

Mahu nampak dialah yang terbaik.

Adakah dominan ini baik atau tidak?

Adakah dominan ini lebih kepada mengeruhkan keadaan atau tidak?

Fikir-fikirkanlah.

Love.

P/S: dah macam blog haiwan je rasanye ni.

20 December 2011

Benci kumbang

Assalamualaikum,

Aku ada pengalaman buruk dengan kumbang.

Tetapi aku suka ladybird.

Ia lutsinar.

Kuasa Allah.

Love.

P/S: taman larangan bunga ros yang tak siap-siap. sigh~~~

16 December 2011

Halal

Assalamualaikum,

Kumbang biarlah ia dengan putaran alamnya.

Manusia, kita, lelaki dan wanita.

Jangan kita mengikut seperti binatang.

Rakus.

Halal terlebih dahulu.

Itu yang penting.

Tetapi sekarang, dunia tunggang langgang.

Halal bukan bermakna bapa dengan anak sendiri.

Abang dengan adik beradik perempuan.

Gilak!

Ya, yang berlaku sekarang.

Haishhh.

Yang penting kamu semua faham apa aku nak beritahu.

Macam-macam.

Love.

P/S: mesti comel anak-anak kumbang.
Foto diambil ditaman larangan tepi rumah.

14 December 2011

Gerhana Matahari

Assalamualaikum,

Tempoh hari berlaku.

P/S: gambar agak blur. seorang diri dalam gelap amik gambar.
Tangan ketar.

11 December 2011

Kelopak sisi

Assalamualaikum,

Kelopaknya lembut, baunya yang segar.

Setiap kelopaknya menceritakan sesuatu.

Setiap kelopak menggambarkan sisi hidup seseorang.

Saat kelopak gembira dicabut, hilang rasa itu.

Saat kelopak sedih direntap, hilang rasa itu.

Hingga akhirnya, tiada yang tinggal.

Bogel, malu.

Kosong.

Hilang sudah serinya. Hilang sudah garangnya.

Saat hilangnya itu, jangan bimbang.

Kita semainya semula, siram dan jaganya.

Kita didik dengan kelopak baru yang bakal mekar.

Kita didik dengan rasa baru.

***
Entah mengapa setiap kali aku melihat bunga ros merah,

aku seperti diawangan.

Aku tergoda dengan warna dan baunya.

Akhirnya, ia mampu buat aku tersenyum.

Hanya sekuntum, mampu buat aku begitu.

“Sometimes people are beautiful.
Not in looks.
Not in what they say.
Just in what they are.”
Markus Zusak, I Am the Messenger

Love.

P/S: Nak ada taman bunga ros sendiri.

08 December 2011

Someone like you

Assalamualaikum,

Awan.

Pelbagai bentuk. Pelbagai ragam. Berbeza.

Ada sesetengah mahu yang sama.

Ada sesetengah mahu yang lain.

Jika dia pergi dari hidup kamu (mati) mungkin kamu

berasa mahu seperti dia yang sama dalam hidup kamu.

Jika dia pergi seperti lelaki/perempuan tidak punya perasaan.

Sudahlah, jangan merayu padanya lagi.

***
Aku tidak mahu yang sama seperti dulu.

Aku mahu yang baru.

Aku mahu sesuatu yang memberi kesegaran.

Aku tidak mahu seseorang seperti kamu.

Aku takut kamu akan mengulanginya.

Aku takut situasi berulang lagi.

Aku tidak mahu menangis lagi.

Walaupun aku tahu perhubungan baru punya risiko sendiri.

"Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
-Adele-

Aku doakan perhubungan sesama kita baik-baik saja.

P/S: Deyy! Entri sedih je. Haishhh!!!!

04 December 2011

Don't you remember

Assalamualaikum,

Mengapa hatimu terbuka untuk menerima cinta si bunga?

Pertamanya, dialah yang terbaik.

Keduanya, perhubungan itu terasa hambar.

Ketiga, perhubungan itu terpaksa diakhiri.

Tetapi ingatkah mengapa kamu memberi cinta padanya?

Si bunga mahupun si kumbang terduduk,

saat kata-kata pengakhiran meluncur laju.

Perlu redha, mungkin ini ketentuannya.

Untuk kembalikan perhubungan yang 360 darjah akan berbeza.

Merintih merayu menangis.

Sudahlah hati.

Jika mahu menunggu dipersilakan.

Jika mahu bangun dan terus melangkah silakan.

Tanyalah hati apa kemahuan.

Tanyalah sama Allah apakah petunjuk terbaiknya.

Dan aku tidak mahu ia berulang lagi.

Cukuplah.

'But don't you remember?
Don't you remember?
The reason you loved me before,
Baby, please remember me once more,

When was the last time you thought of me?
Or have you completely erased me from your memory?
I often think about where I went wrong,
The more I do, the less I know,'
-Adele-

Love.

P/S: Maaf hati buat kau bersedih.

01 December 2011

Ungu

Assalamualaikum,

Aku berada tinggi dari paras laut ketika ini.

Dengan angin laju menghembus.

Dengan basah hujan menangis.

Walaupun ketika itu angin lebih bising dari cakap-cakap orang,

aku tenang.

Tenang kerana bukan cakap-cakap orang yang aku dengar.

Aku dengar alam menyanyi deras ditelingaku.

Awan mendung, matahari terbenam, pantai.

Melekat terus dalam diri aku.

Tempat yang selalu aku rindu tatkala aku berjauhan.

Walaupun ia hanya seketika, tetapi ia mampu buat aku segar.

Ia mampu buat aku celik.

Tempat aku membuang anganku.

Anak-anak kau ni syahada!

Love.

P/S: selamat datang December, selamat tinggal October.


29 November 2011

Aku ingin jauh

Assalamualaikum,

Melihat rama-rama terbang bebas.

Riangnya hati.

Senyum mekar.

Tetapi saat ia cuba dirangkul jaring jarang.

Cukup payah untuk melepaskan diri.

Akibatnya, masih hidup atau pun mati.

***

Aku mahu perasaan yang terdahulu kekal sebagai ensiklopedia.

Aku tidak mahu ia terus mati.

Aku mahu perasaan kini kekal seperti adanya ia.

Aku mahu ia menemani saat jagaku.

Aku mahu ia dihati saat tidurku.

Aku mahu ia menyapa saat menungku.

Biarpun sementara seperti rama-rama yang belum patah sayapnya.

Itu sudah memadai bagiku.

Itu sudah cukup untuk membuat aku tersenyum.

***

Kadang kala ia datang apabila kita tidak mahu.

Kadang kala ia menjauh apabila kita mahukannya.

Pelik, tapi itulah kebenarannya.

Mungkin ada hikmahnya.

Love.

'Fly, fly precious one
Your endless journey has begun
Take your gentle happiness
Far too beautiful for this
Cross over to the other shore
There is peace forevermore
But hold this memory bittersweet
Until we meet'
-Celine Dion-

P/S: Cuba mendapatkan mood semula.
Disember cepatlah datang.

26 November 2011

R2D2 klon

Assalamualaikum,

Ini bukan R2D2 dari Star Wars.

Jadi apakah ia?

Agak-agak kamu semua tahu ini apa?

Love.

P/S: punya lama cari nama R2D2 sebab tak pernah minat Star Wars.

23 November 2011

Syukur

Assalamualaikum,

Melihatnya, menyamankan.

Ketika ini, hujan baru saja berhenti.

Dan ketika itulah gundah aku juga hilang.

Tetapi ia membawa rezeki kepada yang lain.

Tumbuhan hidup subur, tanah basah dari kering kontang.

Ada yang membenci tatkala ia mula menurun laju.

Baju basah, jalan raya sesak.

Sedarkah kita sebenarnya kita tidak bersyukur?

Setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Dan kita perlu laluinya dengan rasa syukur.

Dengan rasa rendah diri.

Kita cuma meminjam dan dipinjamkan.

Love.

P/S: aku perlu bercuti. jauh dari segala beban. berilah aku masa itu.

19 November 2011

Sayang abah

Entri tanpa gambar.

Assalamualaikum,

Abah,

Ketika kecil abah pimpin tanganku.

Menjaga aku dan adik beradikku yang lain.

Abah kerja sehingga terlantar sakit, saat itu aku masih kecil.

Tidak tahu semua itu.

Abah,

Aku dikatakan anak manja abah.

Tetapi aku tak manja dengan abah.

Tidak menampakkan kemanjaan aku.

Abah,

Adik mahu abah tahu, adik sayang abah sangat-sangat.

Walau abah rasa adik dingin pada abah,

tidak sekali pun adik membenci.

Mengertilah adik tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Segala pesan abah yang ditulis dalam Al-Quran pemberian abah

akan adik ingat. Insyaallah, abah.

Abah,

Apabila abah kata, abah dah tak lama.

Sebak hati adik. Tapi adik tahan, tidak mahu menangis.

Tetapi dalam diam, adik menangis abah.

Sekuat-kuatnya adik menangis.

Abah,

Adik, sayang abah sangat-sangat.

Abahlah yang terbaik untuk kami.

Maafkan segala salah dan silap adik pada abah.

Salam sayang.

Anakandamu.

16 November 2011

Saya sayang awak

Assalamualaikum,

Sayangku bukanlah seperti embun yang hanya sementara.

Sayangku adalah seperti segarnya embun pagi.

Sayangku tidak kira pada siapa.

Walau tidak aku pancarkan, tetapi sayang aku ada.

Buat bakal suamiku yang entah di mana,

"Saya sayang awak"

Dan aku akan tuturkannya setiap hari.

Jika satu hari nanti kau terlupa.

Ingatlah, "Saya sayang awak"

Jika satu hari nanti aku terlupa,

ingatlah, aku tuturnya dalam hatiku.

Engkau ingatkanlah aku, dengan berkata "Saya sayang awak"

P/S: Sayang dan suka sesuatu yang berbeza.

14 November 2011

Masih panjang

Assalamualaikum,

Usiaku baru menganjak kedewasaanku.

Dalam usiaku ini, ada lagi yang kurang.

Ada lagi yang belum aku puas teroka perut bumi.

Berdiri di satu sudut dan lihat sekeliling.

Melihat kalut laju orang.

Melihat sedih pilu orang.

Melihat gembira suka orang.

Melihat bermacam corak hidup dilukis.

Pada usia ini, tidak semua aku alami.

Aku ambil dari pengalaman cerita orang.

Aku jadikan ia sebagian diri aku.

Bagaimana?

Aku meletakkan diri aku dalam cerita itu.

Pada usiaku, ya banyak yang kurang.

Masih jauh lagi perjalanan.

Masih banyak sudut, warna-warna dan garis belum aku sentuh.

Ya Allah, sempatkanlah aku untuk semua itu.

Seperti doa yang aku panjatkan padaMu setiap hari.

Perjalanan untuk kita meniti lorong padat masih jauh.

Pilihlah yang terbaik.

Jika ia hitam, bangun dan jangan berundur.

Berdiri tegak, dan terus menapak semua di depan.

Love.

P/S: rindu saat ini, aku photoshoot sendirian, bapak jogging.

11 November 2011

Satu pusingan

Assalamulaikum,

Kita melihatnya sebagai besi karat tercungap-cungap melakukan kerja.

Mengeluarkan asap panas, seperti bersabung nyawa.

Dipetiknya suis, kemudian bermula prosesnya.

***

Setiap apa terjadi ia adalah proses.

Proses lahirnya kita ke muka bumi ini.

Proses kejadian manusia.

***

Hidup ini juga adalah satu proses,

kita tidak berada di atas serta merta.

Kita merangkak perlahan hinggalah berjaya.

***

Dalam satu hubungan juga, ada naik turunnya.

Ia juga proses kita mematangkan diri.

Proses mengenali diri kita.

***

Dan ada satu proses yang memakan masa lama.

Proses membersihkan hati.

Bersihkan hati dari sifat mazmumah.

Sirami dengan sifat mahmudah dan zikrullah.

***

Kita punya kesempatan untuk melakukannya.

Berilah ruang untuk proses itu berjalan.

Berusaha dan kuatlah untuk jalankan proses itu.

Insyaallah.

Love.

P/S: .....

06 November 2011

Jodohku

Assalamualaikum,

Ia lari apabila dikejar.

Semakin hampir apabila ditunggu.

Semakin ia mendekat, terus ia menjauhkan diri.

Apabila kita cuba mengelak, jodoh datang mendekat.

***

Cinta bukanlah seperti jodoh.

Jodoh tanpa cinta ia dusta.

Cinta tanpa jodoh ia membawa sengsara jiwa.

Malah, jodoh itu satu bukan dua atau tiga.

***

Bercakap mengenai perihal jodoh, ia adalah rahsia Allah.

Teka-teki yang tiada jawapannya.

Secara azalinya ia telah termaktub siapa untuk kita.

***

Jodoh yang hadirnya lewat mungkin ada sebabnya.

Allah mahu kita persiapkan diri kita.

Menambah apa yang kurang.

Allah mahu beri jodoh terbaik untuk kita.

Mengajar kita jadi sabar.

Mengajar kita jadi yakin.

Dan aku,

tidak henti mendoakan yang terbaik.

Buat jodohku walau siapa jua pun dikau,

Aku mendoakan, persiapkanlah dirimu,

seperti mana aku persiapkan diriku.

Moga bertemunya kita kelak, saling melengkapi.

Saling menyayangi, saling menasihati.

Saling bertolak ansur, saling menghormati.

Buat jodohku walau siapa pun dikau,

Mengertilah, dirimu yang aku tunggu selama ini.

Buat jodohku walau siapa pun dikau,

Mengertilah, dirimu yang aku dambakan selama ini.

Love.

P/S: Buat Cinonex, aku ingat pesan kau. Terima kasih sahabat.

03 November 2011

Cahaya

Assalamualaikum,

Tanpa cahaya gelaplah dunia.

Tanpa cahaya dalam hati, maka gelaplah hati.

Tetapi setiap kegelapan itu pasti ada ruang untuk cahaya menembusi.

Berilah ruang pada cahaya itu.

Janganlah biar ia terus gelap tanpa sebarang cahaya.

Setiap ruang itu ada keizinan.

Setiap ruang itu adalah peluang.

Peluang untuk berubah.

Lebih baik dari yang sebelum ini gelap, Insyaallah.

Love.

01 November 2011

Hey Sexy Lady!

Assalamualaikum,

Lama aku tak tangkap gambar binatang.

Nah untuk kamu.

Nama aku yam semah, ratu kebaya kampung pandan.

Alamak, terover sampai masuk penjara.

Polis: pandangan sisi ye. nak amik gambar.

Polis: pandangan depan pulak ye, kasi kembang sikit. awwwwww!!

Yam semah: over kau polis. nah aku mengepak.

Entry meraban.

Love.

P/S: pernah makan ini ayam?

30 October 2011

Persinggahan

Assalamualaikum.

Kadang kala tempat duduk berdua ini penuh dikunjungi manusia.

Kadang kala tempat duduk berdua ini kosong tanpa manusia.

Di tinggal di basahi hujan dan terik matahari.

Sama juga pada satu perhubungan, persahabatan.

Waktu mula, semuanya indah belaka.

Seperti mahu ia kekal hingga akhirnya.

Tetapi ia cuma tempat persinggahan pada satu hati manusia.

Ya, dipermainkan.

Ingatlah kalian, sesuatu perhubungan itu bukanlah satu persinggahan.

Yang datang, kemudiannya pergi hilang tanpa perkhabaran.

Kamu datang dalam hidup seseorang kemudian hilang.

Ya, ia takdir.

Apa yang pasti, hidup kita ini juga satu persinggahan.

Banyak lagi yang harus dilalui.

Dan onak ranjau itu walaupun pedih, tetapi ia bermakna.

Ada yang lebih baik untuk diri kita.

Janganlah bersedih walau cuma ia satu persinggahan.

Love.

P/S: tak mahu singgah-singgah.

28 October 2011

Setitis

Assalamualaikum,

Setitis air mata mampu melemahkan sesiapa yang melihatnya.

Kaum hawa, ya mudah dengan air mata.

Kaum adam, cukup sukar untuk melihat air jernih itu menitis.

Mereka boleh menitiskannya, cuma enggan.

Adakah kerana ego?

Adakah kerana akan dikatakan tidak kuat?

***

Dalam ada kekerasan itu, jauh disudut hatinya ingin menangis.

Dalam ego itu, akhirnya air mata menitis.

In places no one will find
All your feelings so deep inside
It was there that I realized
That forever was in your eyes
The moment I saw you cry

I think i saw you cry
The moment i saw you cry
I wanted to know you

-Mandy Moore-

Love.

P/S: aku menangis bersungguh-sungguh hanya pada satu.

26 October 2011

Cinta Dalam Hati

Assalamualaikum,

Pernah tidak kalian rasa dekat tetapi dia jauh?

Dirinya berada di depan kamu.

Tetapi kamu berasa jauh.

Seperti jauh laut yang tiada penghujungnya.

Mesranya dia dengan yang lain,

buat diri kamu rasa sangat cemburu.

Diamnya buat kamu tidak keruan.

Seperti ingin bertanya apa masalah yang menimpa.

Tetapi pertanyaan itu hanya tersekat di dalam hati.

Kamu mahu dirinya berada dekat dengan kamu.

Ya, dia berada dekat.

Antara sahabat dan ingin dirinya menjadi lebih itu.

Dalam dilema bukan?

Apa yang kamu minta adalah perasaan si dia terluah pada kamu.

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku
-Pasha-

Love.

P/S: Itu sudah jatuh hati namanya.

Sekali lagi, bukan aku dalam situasi ini.

24 October 2011

LoveBug

Assalamualaikum,


Love Bug is that a boy falls crazy in love with a girl but he didn't think that he would fall in love again.

The one and only.

Til death do us part.

Love.

P/S: apakah post ini?

Tidak ada kaitan dengan diri aku.

Mood cinta? Lagilah tak.

Harap maklum.

22 October 2011

Anak

Assalamualaikum,


Anak ini adalah amanah.

Love.

P/S: sayu dengan kejadian gelek tempoh hari.

20 October 2011

Memakan diri

Assalamualaikum,


Mungkin aku tidak punya rupa yang kau idamkan.

Mungkin aku tidak punya daya tarikan yang kau idamkan.

Mungkin aku tidak punya senyuman manis seperti yang kau dambakan.

Mungkin aku tidak punya segala macam yang kau mahukan.

Cuma satu yang aku boleh beri.

Sesuatu yang tidak akan kau peroleh dari orang lain.

Kasih sayang.

Sikap ambil berat.

Sekali aku sayang, sayangku adalah sampai bila-bila.

Ya, ia akan memakan diri.

Malang jika diri menyayangi lebih kuat dari disayangi.

Saat bahagia, semuanya indah.

Apabila berlaku perpisahan, ia amat perit.

Kasih sayang itu, dengan mudah dicampak.

Kasih sayang itu, dengan mudah dipijak.

Semuanya terus gelap pada hatinya.

Aku tahu ia bahaya.

Bukan seperti api yang membakar kertas,

yang terus hilang apabila ia membakar saat hujung kertas.

Ya, aku tahu ia bahaya.

Akan memakan diri aku.

Tetapi cukuplah jika itu yang aku mampu aku berikan.

Biarlah aku merasa bahagianya sendirian.

Sedih bukan.

Well, that's life.

Hargailah mereka yang menyayangi anda.

'Susah mencari orang yang menyayangi diri kita
seperti mana kita menyayangi ketat dirinya.'

P/S: nampak macam sungguh menyedihkan bukan?

16 October 2011

Romantis

Assalamualaikum,


Semua perempuan mahukan pacar mahu pun suaminya romantis.

Penuh dengan kejutan.

Kejutan itu biar ia kecil mahupun besar,

ia tetap mampu buat temannya senyum girang.

Hati berbunga-bunga.

Harinya itu seperti dalam jalan raya sesak, tidak dirasa.

Semuanya gara-gara kejutan atau tindakan romantis pasangan.

Sejambak ros,

sekeping kad,

coklat,

makan malam,

dan apa saja yang luar biasa dari kebiasaannya.

Indah bukan.

***

Dan aku, aku boleh jadi seromantis yang aku mahu.

Dan aku tak perlu tunggu untuk temanku lakukannya untukku.

Tak salah jika kita tukar tradisinya.

Untuk bakal kekasih mahupun suami,

Tiga kuntum ros merah sudah boleh buat hatiku cair.

Love.

P/S: kalian pasti punya cerita romantis kan?

14 October 2011

Go forth

Assalamualaikum.


Yang tidak bijak juga boleh menjadi bijak.

Yang tidak pandai juga boleh menjadi pandai.

Semuanya bermula dengan usaha.

Kita tidak menjadi pandai dalam masa sehari.

Kita yang normal tidak sama dengan mereka yang lahirnya genius.

Permulaannya memang perit.

Ada yang terasa mahu mengalah, mengangkat bendera putih.

Sebelum lakukannya, fikirkan.

Mahukah kalian berada di takuk yang sama.

Tidak berganjak walaupun setapak?

Kemudian mengeluh itu dan ini.

Semuanya bermula dalam diri.

Usaha, rajin dan tawakal.

Insyaallah.

Love.

12 October 2011

8 Oktober 2011

Assalamualaikum


Alhamdulillah.

Saat pertama kali aku melangkah ke universiti,

azamku adalah untuk mencapai cita-citaku,

dan juga orang tuaku.

Alhamdulillah, aku berjaya.

Ketika hari pertama, ayat yang sering aku bebelkan dalam hati,

'Bilalah nak grad ni?'

Dan dalam masa tiga tahun setengah bebelan aku ini tercapai.

Memakai jubah biru bersama mortar board.

Melihat kedua orang tuaku menangis, aku sayu.

Alhamdulillah aku berjaya penuhi harapan kedua orang tuaku.

Love.

P/S: gembira dalam duka.

07 October 2011

Maaf

Assalamualaikum.


Maaf sungguh berat ungkapan itu.

Ya, dimulut kata, 'Aku maafkan kau.'

Dalam benak hati ini, benarkan ada maaf?

Meminta maaf dan memaafkan adalah sesuatu yang beda.

Ya, kita boleh meminta maaf.

Perkara kecil mahu pun besar.

Memaafkan sesuatu itu sungguh sukar untuk dilakukan.

Seperti menebang pokok balak besar dengan kapak yang tiada hujungnya.

Ada hujungnya, cuma lambat.

Ia bukan seperti menebangnya dengan gergaji motor.

Selagi dikenang masa lampau,

selagi itu memaafkan seseorang itu sukar untuk dilakukan.

Jadilah orang yang pemaaf dan meminta maaf.

Tiada ruginya.

'Aku minta maaf sekiranya ada yang terasa dengan
sikapku, gurauanku, omelanku.
Tiada niat dihati meluahkannya.'

Love

P/S: pada seseorang itu aku mohon maaf.
seperti mana aku mohon pada kamu lama dahulu.
aku harap dia membacanya.

Bukan hanya raya saja.

05 October 2011

Cara baik pulih lepas kena hack

Assalamualaikum,


Sebenanrnya, mula-mula kena memang cuak dan tak tahu nak mula dari mana.

1) Mintak pendapat dari mereka yang sebelum ini pernah terkena.

Jadi untuk hari itu, orang yang menghack blog aku adalah dari Malaysia.

Kalau yang lain aku tak tahu caranya bagaimana.

2) So, aku hanya pergi ke laman facebook mereka yang disertakan.

3) Minta budi bicara pulangkan balik.

Mereka buat macam ini sebab security aku lemah gile.

Ada yang pernah kena hack dengan yang lebih teruk.

Dan ada yang tak dapat balik blog.

4) Apa yang pasti backup blog cepat-cepat.

Korang pergi dekat template>backup/restore.

Dan tolong ingat mana kamu letak.

Jangan jadi macam aku, bakcup tapi tak ingat mana letak.

5) Password, silalah buat panjang berjela.

Kemungkinan untuk dihack memang ada cuma susah sikit kot.

6) Masukkan sekali simbol-simbol, nombor  selain daripada huruf-huruf.

Dan pastikan korang ingatlah password tu,

jangan macam aku susah nak ingat password baru.

Harap penerangan ini membantu walaupun carca marba saja.

Love.

P/S: still noob dengan dashboard baru.

02 October 2011

Pergi jauh muram

Assalamualaikum


Melihat awan mmberikan tenang.

Putih gebunya bak kapas.

Hati aku mula gembira.

Seperti gembiranya bunga mekar.

Saat ia mendung kelabu.

Hati turut muram.

Terbang jauh kelopak bunga mekar.

Menitis air mata seperti mana hujan rintik mula membasahi bumi.

Seperti juga luluhnya hati.

Berkecai sedikit demi sedikit.

Alangkah nikmatnya rasa pedih jika ia berderai laju.

Arghh, ia cuma sebentar.

Berarak muram jauh meninggalkan.

Kembalinya awan yang memutih.

'Selamat tinggal sedih.
Jauh-jauh kau pergi dari hidupku.
Selamat datang gembira.
Dekat-dekat kau datang dalam hidupku'
-chacha-

Love.

P/S: aku kembali dengan azam baru.


29 September 2011

Terima kasih HACKER

Semalam aku tengah buat kerja dan memang tabiat aku sambil buat kerja aku BW. tutup cerita.

Then aku refresh blog aku, tiba terjengoih muka ala-ala jepun cun dok pandang, siap lagu merdu lagi.

Tangan yang dok ligat pegang mouse terbenti dok tenung muka cun tu.

Terima kasih yang membantu aku. Aku sangat-sangat hargai. Teramat sangat hargai.

Alhamdulillah harap tak ada apalah lepas ni.

P/S: terkedu nak teriak bila dok pandang muka antu tu.


27 September 2011

Asap kepul-kepul

Assalamualaikum,

Teringat kembali saat gembira.

Gelak tawa yang menerangi malam itu.

Riuh rendah laman rumah.

Ketika itu anak-anak kecil lagi.

Kemudian, menyusulnya dewasa.

Untuk kembali saat itu menjadi janggal.

Suasana yang pada zaman hingusan itu rapat,

berubah seperti padi yang menunduk.

Segan.

Terbit dalam hati ini mahu ketawa ketika terkenangkannya.

Sungguh riang seperti tidak punya masalah.

Rindu saat-saat itu.

Kanak-kanak caranya kanak-kanak.

Dewasa caranya matang dari kanak-kanak.

Walaupun tidak semesra dulu, ketawa kurang.

Kenangan dulu itu tetap ada.

Cepat saja ia berlalu.

P/S: belemoih tahap gaban dulu-dulu ni.kakaka

Terima kasih Nuffnang dengan BE nya yang ke-still tak tahu.

Followers