Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

02 July 2013

Titis indah

Assalamualaikum,


Setiap titisan itu penuh tenaga
Setiap titisan itu penuh pengharapan
Setiap titisan itu penuh kesakitan

Setiap titisan itu ada puncanya
Setiap titisan itu ada bayarannya
Setiap titisan itu ada gembiranya

Ketahuilah, setiap titisan itu berharga
Usahlah dibazirkan pada perkara yang sia-sia
Usahlah dirugikan pada orang yang tidak menghargai

Tetapi, titiskanlah pada Maha Esa
Saat kita merenung betapa berdosanya kita
Betapa kerdilnya kita di muka bumi Allah SWT ini

Ingatlah, betapa Dia menyayangi kita
Cuma kita yang sering alpa, buta
Tidak endah pada Dia yang sering ada

Love.

26 June 2013

Lovers and Strangers

Assalamualaikum,


"Sometimes strangers become lovers,
lovers become strangers."

Jodoh dan takdir
Saat anda tidak pernah terfikir
Tidak pernah terlintas dek akal

Tidak kita ketahui yang berselisih itu orangnya
Tidak kita sedari pandangan pertama itu orangnya

Yang di depan mata dilihat seperti halimunan
Yang jauh dinanti seperti pungguk rindukan bulan
Entah bila kunjung tibanya

Penangguhan untuk diberikan jodoh?

Soalan ini tidak pernah berakhir
Dibicarakan seolah tidak ada noktahnya
Bersabarlah, percayalah, yakinlah
Semua ini telah ditetapkan olehNya

Jadi, tenang sudah ya semua.

Love.


18 June 2013

Bebas

Assalamualaikum,


Dari satu dahan ke dahan yang lain
Terbang tiada henti
Sehingga menemui dahan selesa,
untuk melepas lelah, menumpang kasih

Kadangkala ia bukanlah dahan yang terbaik
Maka dicari satu persatu
Hanya untuk
diri sendiri dan kelangsungan hidup akan datang

Terbanglah sehingga mana kau mampu
Menemui apa yang didambakan
Meraih segala keinginan

Tetapi ingatlah setiap kebebasan ada batas
Pasti perlu mengikut syarak
Agar diri tidak jauh dari redhaNya

Love.

07 June 2013

Terakhir kali

Assalamualaikum,


Mulanya indah memukau mata
Dipuja tanpa henti
Pertengahannya semakin malap
Dipuja sekali sekala
Penghujungnya terus hilang tanpa kesan
Dipuja tiada, langsung kosong

Terus, dilupakan

Indah pada warna, sakit pada duri
Indah awal hubungan, sakit saat tidak diperlukan

Biasalah, warna berubah.
Manusia juga boleh berubah-ubah perasaannya.

Tetapkan hati kita pada Yang Maha Agung.

Love.

25 May 2013

Harus terpisah

Assalamualaikum,


'Sendiri
Sendiri ku diam
Diam dan merenung
Merenungkan jalan yang membawaku pergi
Pergi tuk menjauh
Menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba
Mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku'

Kenapa perlu tunggu lagi sedangkan sudah
tahu bagaimana rasa hati, caranya terhadap kamu
Kenapa perlu lagi membuang waktu?

Love.

14 May 2013

Besar harapan

Assalamualaikum,


Setiap langkah satu debaran
Setiap langkah satu kerisauan
Setiap langkah itu satu harapan

Wahai anak kecil,
berlarilah kamu seiring dengan kebaikan
jauhkanlah diri dari kebinasaan

Jauh suatu masa nanti
kamulah harapan ayah ibu
kamulah harapan memimpin ayah ibu ke syurga

Insyaallah.

Love.

06 May 2013

Butir damai

Assalamualaikum,



Tiada apa yang lebih mendamaikan dari
melihat titisan air hujan menapak kuat di atas daun

Seperti butiran berlian berkilau
Menyakitkan mata, mengindahkan mata

Duduknya tidak lama,
pabila panas terik menjelma,
maka, hilanglah berlian itu.

Hayati selagi sempat.

Love.

02 May 2013

Kuat


Menongkah arus terik, hujan saban hari.
Terus megah, kuat meniti hari.
Biar sendiri, jangan dikesali.
Hanya Allah mengerti isi hati sanubari.

Love.

18 April 2013

Lalai

Assalamualaikum,


Begini,
walau sementara cukup
menenangkan
membahagiakan
melalaikan
Terkadang masalah seolah lenyap

Aku suka.

Love.

12 April 2013

Henti

Assalamualaikum,


Saat kita lihat hujan.
Alhamdulillah, basah juga bumi Allah ini.
Harum naik bau hujan.

"Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat."

***
Ketika suatu buruk berlaku.
Rasa hati mahu hentikan masa itu.
Mahu ubah kedudukan suasana.
Terasa ingin cipta gembira.

Janganlah difikir begitu.
Ingatlah, setiap yang berlaku ada sebabnya.
Seolah kita menolak ketetapan Ilahi.
Seperti kita tidak redha dengan kehendakNya.

Yakinlah padaNya.

Bila mana Allah mahu ia terjadi,
maka terjadilah ia.

Love

08 April 2013

Sedar

Assalamualaikum,


Kita seolah lupa siapa kita.
Setinggi mana bangunan.
Segah mana pangkat.
Sebesar mana harta.

Cuba selak satu persatu.
Dari mana kita terima semua itu.

Disebabkan pangkat manusia terkejar-kejar.
Disebabkan harta anak beranak bertarik rambut.

Kekayaan membentuk kita atau kita membentuk kekayaan.
Jangan kaya hingga lupa diri.
Bentuklah kekayaan dalam jalan redha Allah.

Sumbanglah pada yang kurang mampu.
Setelah itu jangan diheboh.
Tidak perlu menangkap gambar tanda kalian menderma.
Simpan saja untuk diri sendiri.

Perlu sedar kedudukan diri.
Perlu tahu hormat orang.
Perlu ingat siapa kita di Bumi ini.

Segalanya milik Allah.

Peringatan untuk diri saya juga.

Love.

03 April 2013

Hijau

Assalamualaikum,


Bertongkat dagu
Ditemani angin halus
Cahaya sedikit malap
Hati senang

Sekali sekala
Burung ciap miap
Bercanda ria
Entah apa dibicarakan
Terleka

Lihat hijau
Mata segar
Hati tenang
Minda sejuk

Cubalah, ia berhasil.

Love.




28 March 2013

Jadi diri

Assalamualaikum,


Mahu melibatkan diri pada sekumpulan manusia.
Cumanya, diri bukan seperti mereka.
Mereka kekok bersama kita.
Kita canggung bersama mereka.

Bercampur pada yang baik.
Mengelak pada yang tidak baik.
Tidak usah campuri mereka jika ia boleh mengubah diri.
Tidak perlu bersusah payah mahu 'fit in'.

Umpama,
Meletak kanvas hitam dengan setitik dot putih.

Just be you, don't fake yourself.

Love.



12 March 2013

Ketetapan hati

Assalamualaikum,



Anda adalah diri anda, anda lebih mengetahui diri anda.
Anda lebih rasi dengan diri anda.
Anda lebih kenal baik buruk diri anda.
Anda lebih mengetahui persekitaran mana selesa untuk diri anda.

Tetapi kadangkala, anda tidak tahu apakah yang dimahukan.
Kerana apa?

Kadangkala, pelbagai perkara anda mahu.
Tetapi itu juga membuatkan anda buntu,
dalam mana terbaik buat diri anda.

Ada sesetengahnya diberi satu ketetapan diri yang kuat.
Dimahunya A, dilakukan untuk mengecapi A itu.
Dimahunya A dan B, dilakukan untuk mengecapi A dan B itu.

Ada sesetengahnya diberi ketetapan hati yang agak goyah.
Dimahunya A, difikirnya, "Bolehkah aku?"
Dimahunya A dan B, difikirnya, "Mahu A atau B?"

"Ya Allah, Tuhan yang mengarahkan hati-hati,
arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu."
-HR. Muslim-

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati,
tetapkanlah hatiku pada agamaMu."
-HR At-Tarmizi-

Love.

09 March 2013

Penafian

Assalamualaikum,



Kita sering menganggap sesuatu yang benar itu,
 kadangkala ia bukan satu kebenaran.

Kita sering menganggap sesuatu yang salah itu,
kadangkala ia satu kebenaran.

Pendek ceritanya,
Yang benarnya dianggap salah.
Yang salahnya dianggap benar.

Tidakkah kalian merasa kadangkala kita hidup dalam penafian.
Sebenar mana pun ia, kita menafikan sekeras-kerasnya.
Seolah-olah kita hidup dalam alam dusta.

Hakikatnya sudah jelas, kita perlu sedar.
Hakikatnya ketara, kita perlu redha.

Ada sesetengahnya bermonolog,
menidakkan/mengiyakan hanya untuk menyedapkan rasa gundah hati.

Peganglah pada rukun iman,
percayalah pada qada' dan qadar.
Percayalah pada hakikat ketetapan Ilahi.

Love.

"Sometimes we live in denial. How true the thing is,
we tend to deny it so badly.
Instead of nod, we shake. Right?"
-Lovebug-

07 February 2013

Normal

Assalamualaikum,


Normal itu apa?

Hidup normal, ya itu yang semua mahu.
Langkah ditemani bekas jalan berlekuk.
Meniti hari seperti selalu.

Ada apa dengan hidup normal?
Hanya berada ditakuk lama, tiada kejutan.
Tiada yang baru, tiada yang luar biasa.

Tetapi mahu hidup normal, agak payah, kan?
Ada saja perkara timbul.
Ada saja pergelutan kita lalui.

Melalui itu,
ada saja idea baru tercipta,
ada saja orang baru kita temui,
ada saja masalah yang diselesaikan.

Ada sesetengah perkara kita mahu ia normal.
Sesetengahnya pula, kita mahukan cabaran.

Lain orang lain mahunya.
Yang pasti, kita sendiri menggerakkan sama ada ia normal atau tidak.

Love.

31 January 2013

Peluang

Assalamualaikum,



Kau dongak langit kau lihat apa?
Setiap kerdipan kau nampak apa?
Setiap tunduk, kau rasa apa?

Setiap orang yang berpijak di muka bumi ini,
punya rasa berbeza,
punya nilai berbeza,
punya fikiran berbiza.

Yang cergas, melihat sesuatu itu keuntungan.
Yang mundur, merasakan ia kosong.
Yang leka terus terleka.

Dengar pendapat orang.
Hadam mulut bicara orang.
Fikir pendapatnya itu, amati.

Percaya jika mahu, buang jauh jika perlu.

"Setiap buka tutup mata itu orang akan ambil peluang."
-Lovebug-

Love.

25 January 2013

Geleng/Ya

Assalamualaikum,


Mahu menjerit tidak, tetapi keluarnya ya.
Mahu menggeleng, tetapi mengangguk lemah.
Mahu menidakkannya, tetapi akhirnya mengiakan.

Aku pasti semua pernah begitu.
Ya, kan?

Apabila begitu, rasa terikat.
Terkongkong dek keputusan orang lain.
Lemas oleh desakan.

Kamu rasa bagaimana?
Akhirnya, diri bergelut.
Akhirnya, diri terseksa beban.

Love.

P/S: tak suka begini.

20 January 2013

Tandus

Assalamualaikum,


Some people full of brilliant ideas,
without having to work hard looking for it.

It just popped out.

Some people, with less brilliant ideas,
will have to work hard digging for it.

It has to be search.

Just look at it as a gift from Allah SWT.
Everyone has their own specialties.
Everyone has their own way.
Everyone is SPECIAL.

Sit back and relax.
I'm sure you'll find one.
It is just a matter of time.

Love.

P/S: I'm back, perhaps.


18 January 2013

Jauh sekali

Assalamualaikum,


Berharap pada sesuatu yang tidak pasti sangatlah rumit.
Alangkah mudahnya jika terpempang terus jawapannya.

Tidak perlu tertanya-tanya.
Tidak perlu menduga.
Tidak perlu mengandai.

Akan tiada lagi sisi gelap menghantui.
Tetapi aku tahu, orang tidak mudah terbuka.

Jika semua dibongkarkan.
Jika semua dibocorkan.
Jika semua didedahkan.

Tiada lagi kejutan, tiada lagi degup debarnya.
Cumanya, kita tidak akan tahu sampai ke sudah.

Bongkar apa perlu, simpan apa rasa.
Dan akan terus berharap pada sesuatu yang tidak pasti.
Terus dan terus.

Jadi, mahukan jawapan, tanyalah.
Perlu kekuatan, bukan?

Love.

P/S: aku berharap pada.....

Followers