31 July 2011

Pepatung


Assalamualaikum,


Aku ingin tahu sifat dan budayanya pepatung ini.

Aku masuk wikipedia.

Ada kisah dongengnya pepatung ini.

Ia terbang, membawa budayanya.

Seperti manusia.

Ada agamanya.

Ada bahasanya.

Ada budayanya.

Ada gayanya.

Hormat satu sama lain.

Spread the LOVE.

Love.

29 July 2011

Bila kau jauh


Assalamualaikum,


Bila kau ada, menjengkelkan.

Bila kau tidak ada, jengkel itu berubah pada yang paling indah.

Bila kau ada, menyampah.

Bila kau tidak ada, menyampah itu berubah kepada terngiang-ngiang.

Teringat pada saat kita sekeluarga berconference di YM dan kau bermain gitar.

Aku ada rekod.

Aku sayang kau tapi aku menyampah. Boleh?

Hugs and kisses from us.

P/S: Kau saja abang kandung yang aku ada. Jaga diri di sana.

Love.

27 July 2011

Selipar


Assalamualaikum,

Dah lama tidak memakai selipar begini.

Akhirnya terbeli aku dengan rm9.90.

Terasa bebas pakai selipar ini!

Seperti burung terbang bebas di awan.

P/S: melampau bukan. hakikatnya begitulah.

Alhamdulillah, BE ke-8. Terima kasih Nuffnang.

25 July 2011

Sabar

Assalamualaikum,

Melihat lelaki ini melakukan kerjanya.

Oh, mungkin hobinya.

Mesti punya sabar yang tinggi.

Menunggu dan menunggu.

P/S: lama tak mancing puyu belakang rumah.

24 July 2011

Malap


Assalamualaikum,

Matahari malu menyergah cahayanya.

Hati rundum kecewa.

Ah, jangan begitu.

Esok insyaallah masih ada.

Cahaya ceria menyapa.

Membawakan sinar baru.

Harapan baru.

Pada setiap malap yang mendatang.

Moga sinar matahari boleh bawa kalian ceria.

Love.

23 July 2011

Penting


Assalamualaikum,

Air.

Sangat penting dalam hidup kita.

Sama juga pentingnya diri kita ini pada yang lain.

Kita mungkin tidak sedar, diri kita diperlukan.

Dalam diam orang lain mengharap sesuatu dari kita.

Jangan biar diri kita hanyut.

Jauh dari tapak realitinya.

Air ibarat diri kita yang sentiasa mendahagakannya.

Tidak kira dalam apa jua.

Uang.

Cinta.

Kasih sayang.

Ilmu.

Jangan dilupa beri manfaatnya pada yang lain.

Love.

P/S: aku tak ada dalam itu gambar.

22 July 2011

Angin


Assalamualaikum.


Biarkan segala yang lalu itu pergi.

Jauh diterbang angin.

Membawanya serata dunia.

Biar cerita lara itu hanyut bersama cerita indah.

Mudahkan jika begitu?

Angin menghembus menerjah setiap inci tubuh.

Setiap itu juga kenangan itu muncul dalam penuh kepahitan.

Yang berlalu itu adalah kenangan masa depan.

Love.

20 July 2011

Realiti yang menangis


Assalamualaikum,

Lampu neon yang indah.

Berwarna-warni mampu buat manusia ceria.

Seperti berada di taman yang indah.

Dalam setiap ceria itu, ada yang terbakar.

Berteriakan mahu dinyalakan.

Menjadi sebahagian indah itu.

Tetapi menangis, melihat jauh yang lain gembira.

Itu lumrah.

Dan itu realiti.

'Dimulutnya berkata lain.

Tapi hakikatnya lain.'

Love

Seorang tetapi berdua


Assalamualaikum,

Januari, 8, 2011.

Petang.

Situasi di dalam kereta. Tingkap tertutup.

Aku mengambil gambar dari dalam kereta.

Mula-mula tidak ada apa yang menarik.

Selepas aku lihat pada skrin komputer.

Ada asap berupa wajah bersambungan dalam empat gambar.

Aku taruk ikut susunan.

Asap rokok tak mungkin. Abah dah tak merokok.

P/S: entry untuk Ifwat dengan Puteri kasih.

Nak bulatkan benda tu tak reti. sila kelebek dengan jayanya.

Gambar last. Kepulan asap yang dah nak hilang.

Bahagian kiri ye anak-anak.

Love.

19 July 2011

Mahu lagi


Assalamualaikum,

Kenangan lalu,

tempat inilah aku dan teman-teman bersuka ria.

Tempat untuk aku melepas geram.

Hilangkan segala penat.

Dengan mencampakkan bola itu saja cukup puas bagi aku.

Love.

P/S: Kali ini bukan dengan mereka lagi.

18 July 2011

dua hati menjadi satu

Assalamualaikum,

Photobucket


To my future unknown husband,

I will love you wholeheartedly,
I will hold your hand tightly,
I will lend you my shoulders every time you need it,
I will smile and laugh with you even it is not funny,
I will cook for you until you become chubby,
I will give you baby, Insyaallah,
I will take care of your health until you are okay,
I will be with you for the rest of my life, my future unknown sayang.

-me-

There are so many 'I will' that I wanted to do with you

I hope to have that chance.

I hope I can fullfill it.

God's willing.

Spare your time.

Let out your feelings to someone you love.

Spread the love.

Love, me.

P/S: First time shoot gambar orang kawin.

Bukan aku yang diraikan.

Entri lama.

17 July 2011

Katakan


Assalamualaikum,


Jika suka kata suka.

Jika mahu katakan mahu.

Jangan biarkan orang yang kamu suka itu tertunggu-tunggu.

Dan jangan nanti kamu kecewa.

'Biarkan kini ku tunggu pasti
Jawabanmu membalas cintaku'
- ST12-

Love.

P/S: Orang kata luah lebih baik walaupun ditolak.

Betul ke?

Tiada kaitan dengan aku entri ini.

16 July 2011

Officially Married


Assalamualaikum,

Akhirnya aku berkahwin juga.

Termeterailah ikatan antara kami.

Sudah lama aku nantikan saat ini.

Ini saja yang boleh aku kongsikan.

Gembira.

Love.

P/S: Dua benda ini paling rapat dengan aku selain HPku yang jarang berbunyi.

Dan masih belum berkahwin. Pasti!

Aku tak bengkok ye.

15 July 2011

1st Anniversary giveaway Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum,


Oleh kerana aku telah diajak mengejoin GA ini sblm ia di GAkan.

Janji aku. Aku joinnya.

Blog Shida:

-Simple.
-Banyak tips dan tutorial.
-Load kadang laju, kadang perlahan.
-Geram dengan benda kat tepi-tepi. Comel!
-Selalu guna blog Shida untuk tolong blogger lain.(tutorial)

Shida:

-Peramah.
-Suka tolong.
-Teman berbual cha diFB.
-Tak lokek ilmu.

Love.

P/S: Ini contest terakhir akan aku sertai.

Ampun tak dapat nak join contest pada siapa yang mengetag ya.

Ampun kalian.

14 July 2011

Ringkas itu aku

Assalamualaikum,


Tidak perlu emas berat.

Cukup hanya secalit emas menghiasi.

Tidak ada gunanya emas serta perhiasan lain diberi.

Jika kasih sayang kamu tidak singgah menusuk jiwaku.

Jika sunyi sering menyapa.

Apa yang sering dipinta,

perasaan rasa dihargai,

dikasihi,

dihormati.

Sudah puas membuang jauh gelodak jiwa.

Love.

P/S: Cincin pertama aku beli untuk diri aku.
Tak mahal. Dan pasti ia ringkas.

13 July 2011

Di sini

Assalamualaikum,


Dewan ini bakal aku langkah untuk menerimanya.

Dewan ini jugalah aku dapat menyempurnakan impian kedua orang tuaku.

Moga ianya lancar.

Love.

P/S: Tidak sabar mahu semuanya selesai.

12 July 2011

R.I.P.


Assalamualaikum,

Tidak sampai seminggu kami hidup bersamanya.

Hari pertama kehadirannya,

kami gembira.

Insiden yang benar-benar membawa maut padanya.

Kami redha dengan pemergiannya.

norfafila juga hilang teman berlaga.

R.I.P.

Love.

P/S: ia dibawa anak buahku. Dua kali jatuh. hingga pening-pening ikan.

10 July 2011

Makkarunnever!


Assalamualaikum,


Teringin mahu merasainya.

Melihat kegebuannya.

Warnanya.

Pergh! Leleh beb!


Serius-serius!

Aku beli dengan rasa ketar tangan hulurnya uang.

Dan aku tidak akan makan lagi selepas ini.

Manisnya, Allahuakbar.

So, makkarunnever!

Love.

09 July 2011

Penemanku


Assalamualaikum,


Aku ada bawa virus.

Virus yang dua kali sudah menyerang.

Dugaan.

Jadi ini penemanku.

Aku tahu dengan adanya ia,

tidak akan membawa sebarang perubahan.

Apa-apa pun, aku telan saja.

Cukup syarat.

Love.

P/S: nak dapat nikmat menghidu cepat.

Tak ada tanda mau sembuh.

08 July 2011

Jauh


Assalamualaikum,


Ketika aku leka menangkap aksi-aksi mereka,

aku terpandang wajah tua ini.

Jauh dia mengelamun.

Agaknya fikir berapa banyak lagi kapal minyak yang nak dibeli.

Hehe.

Apa-apa pun yang difikirnya, dikenangnya.

Moga tercapai.

Love.


07 July 2011

Riang


Assalamualaikum,



Abah suka beli ikan dari peraih yang baru pulang dari laut.

Lebih segar. Dan murah.

Walaupun baru pulang.

Mereka tetap ceria.

Melayan kerenah manusia yang tawar menawar.

Bergurau senda.

Menghisap rokok daun.

Melepaskan lelah.

Kagum melihat ketabahan mereka mencari uang.

Salute sama mereka.

Apa-apa pun, mereka memang berani.

Love.

P/S: ikan pari rebus dengan air asam. terbaik!

Alhamdulillah dapat BE ke 7.

Terima kasih nuffnang. Terima kasih nuffnang.

06 July 2011

Indah


Assalamualaikum,


Aku memang sukakan pantai.

Melihat matahari.

Melihat kanak-kanak kecil riang.

Melihat pasangan yang hangat bercinta.

Melihat keluarga.

Indah melihatnya bahagia itu.

Dan bila di pantai,

aku mula merewang-rewang.

Biarlah aku mimpi pada yang indah,

kerna belum tentu ia akan datang padaku,

seperti apa yang aku mimpikan itu.

Namun aku tetap terus berdoa.

Love.

05 July 2011

Dulunya lain


Assalamalaikum,


Berjalan pergi dan pulang.

Demi mendapat ilmu.

Ilmu yang baru setiap hari.

Tika itu, masih tidak sedar apakah arah tujunya.

Tibanya dewasa, 'Aku jadi begini rupanya'.

Lain benar apa yang ditanya guru waktu dulu.

'Syahada bila besar nak jadi apa?'

Tiap tahun dalam buku itu sering bertukar.

Anda bagaimana?

Sama atau berubah?

Love.

P/S: alhamdulillah, dapat BE ke 5 dan BE ke 6.

Terima kasih Nuffnang. Terima kasih Nuffnang.

03 July 2011

Laga


Assalamualaikum,



Ikan laga.

Sangat menarik warnanya.

Perilakunya.

Memang mempesonakan.


Ia mempunyai cirinya yang tersendiri.

Sama juga pada kita.

Setiap kita ada cara sendiri.

Setiap kita ada perangai sendiri.

Setiap kita punya jalan sendiri.

Setiap kita punya kejayaan sendiri.

Jika pada apa yang kita lakukan tidak enak dimata orang lain,

Biarkan. Kita tidak bisa puaskan hati semua orang.

Nyata sekali mereka cemburu.

Dari percakapan mahupun tingkah laku.

Moga baik-baik saja.

Love.

Bunga kuning


Assalamualaikum,

Bunga ini,

Cantik.

Tapi jika pegangnya,

Jari rasa pahit.

Erkk!!!

Cantik tapi ada bisanya.

Love.

02 July 2011

Kari

Assalamualaikum,

Aku suka kari.

Yang bendi nya banyak.

Yang ada ikan plotan.

Yang mak masak.

Best in the world.

Love.

P/S: mak masak apa pun bestkan.

Alhamdulillah, dapat BE yang ke4.

Terima kasih Nuffnang. Terima kasih Nuffnang.

01 July 2011

I Love You


Assalamualaikum,




Moga kekal hendaknya mereka.

Sama cantik sama padan.

Jika benar mereka sedang bercinta.

Doa itu aku panjatkan untuk mereka.

Insyaallah.

Amin.

Love.

P/S: random couple yang aku jumpa.
P/S: mereka itu bukan aku.

Followers