29 November 2011

Aku ingin jauh

Assalamualaikum,

Melihat rama-rama terbang bebas.

Riangnya hati.

Senyum mekar.

Tetapi saat ia cuba dirangkul jaring jarang.

Cukup payah untuk melepaskan diri.

Akibatnya, masih hidup atau pun mati.

***

Aku mahu perasaan yang terdahulu kekal sebagai ensiklopedia.

Aku tidak mahu ia terus mati.

Aku mahu perasaan kini kekal seperti adanya ia.

Aku mahu ia menemani saat jagaku.

Aku mahu ia dihati saat tidurku.

Aku mahu ia menyapa saat menungku.

Biarpun sementara seperti rama-rama yang belum patah sayapnya.

Itu sudah memadai bagiku.

Itu sudah cukup untuk membuat aku tersenyum.

***

Kadang kala ia datang apabila kita tidak mahu.

Kadang kala ia menjauh apabila kita mahukannya.

Pelik, tapi itulah kebenarannya.

Mungkin ada hikmahnya.

Love.

'Fly, fly precious one
Your endless journey has begun
Take your gentle happiness
Far too beautiful for this
Cross over to the other shore
There is peace forevermore
But hold this memory bittersweet
Until we meet'
-Celine Dion-

P/S: Cuba mendapatkan mood semula.
Disember cepatlah datang.

26 November 2011

R2D2 klon

Assalamualaikum,

Ini bukan R2D2 dari Star Wars.

Jadi apakah ia?

Agak-agak kamu semua tahu ini apa?

Love.

P/S: punya lama cari nama R2D2 sebab tak pernah minat Star Wars.

23 November 2011

Syukur

Assalamualaikum,

Melihatnya, menyamankan.

Ketika ini, hujan baru saja berhenti.

Dan ketika itulah gundah aku juga hilang.

Tetapi ia membawa rezeki kepada yang lain.

Tumbuhan hidup subur, tanah basah dari kering kontang.

Ada yang membenci tatkala ia mula menurun laju.

Baju basah, jalan raya sesak.

Sedarkah kita sebenarnya kita tidak bersyukur?

Setiap kejadian itu ada hikmahnya.

Dan kita perlu laluinya dengan rasa syukur.

Dengan rasa rendah diri.

Kita cuma meminjam dan dipinjamkan.

Love.

P/S: aku perlu bercuti. jauh dari segala beban. berilah aku masa itu.

19 November 2011

Sayang abah

Entri tanpa gambar.

Assalamualaikum,

Abah,

Ketika kecil abah pimpin tanganku.

Menjaga aku dan adik beradikku yang lain.

Abah kerja sehingga terlantar sakit, saat itu aku masih kecil.

Tidak tahu semua itu.

Abah,

Aku dikatakan anak manja abah.

Tetapi aku tak manja dengan abah.

Tidak menampakkan kemanjaan aku.

Abah,

Adik mahu abah tahu, adik sayang abah sangat-sangat.

Walau abah rasa adik dingin pada abah,

tidak sekali pun adik membenci.

Mengertilah adik tidak tahu bagaimana untuk memulakannya.

Segala pesan abah yang ditulis dalam Al-Quran pemberian abah

akan adik ingat. Insyaallah, abah.

Abah,

Apabila abah kata, abah dah tak lama.

Sebak hati adik. Tapi adik tahan, tidak mahu menangis.

Tetapi dalam diam, adik menangis abah.

Sekuat-kuatnya adik menangis.

Abah,

Adik, sayang abah sangat-sangat.

Abahlah yang terbaik untuk kami.

Maafkan segala salah dan silap adik pada abah.

Salam sayang.

Anakandamu.

16 November 2011

Saya sayang awak

Assalamualaikum,

Sayangku bukanlah seperti embun yang hanya sementara.

Sayangku adalah seperti segarnya embun pagi.

Sayangku tidak kira pada siapa.

Walau tidak aku pancarkan, tetapi sayang aku ada.

Buat bakal suamiku yang entah di mana,

"Saya sayang awak"

Dan aku akan tuturkannya setiap hari.

Jika satu hari nanti kau terlupa.

Ingatlah, "Saya sayang awak"

Jika satu hari nanti aku terlupa,

ingatlah, aku tuturnya dalam hatiku.

Engkau ingatkanlah aku, dengan berkata "Saya sayang awak"

P/S: Sayang dan suka sesuatu yang berbeza.

14 November 2011

Masih panjang

Assalamualaikum,

Usiaku baru menganjak kedewasaanku.

Dalam usiaku ini, ada lagi yang kurang.

Ada lagi yang belum aku puas teroka perut bumi.

Berdiri di satu sudut dan lihat sekeliling.

Melihat kalut laju orang.

Melihat sedih pilu orang.

Melihat gembira suka orang.

Melihat bermacam corak hidup dilukis.

Pada usia ini, tidak semua aku alami.

Aku ambil dari pengalaman cerita orang.

Aku jadikan ia sebagian diri aku.

Bagaimana?

Aku meletakkan diri aku dalam cerita itu.

Pada usiaku, ya banyak yang kurang.

Masih jauh lagi perjalanan.

Masih banyak sudut, warna-warna dan garis belum aku sentuh.

Ya Allah, sempatkanlah aku untuk semua itu.

Seperti doa yang aku panjatkan padaMu setiap hari.

Perjalanan untuk kita meniti lorong padat masih jauh.

Pilihlah yang terbaik.

Jika ia hitam, bangun dan jangan berundur.

Berdiri tegak, dan terus menapak semua di depan.

Love.

P/S: rindu saat ini, aku photoshoot sendirian, bapak jogging.

11 November 2011

Satu pusingan

Assalamulaikum,

Kita melihatnya sebagai besi karat tercungap-cungap melakukan kerja.

Mengeluarkan asap panas, seperti bersabung nyawa.

Dipetiknya suis, kemudian bermula prosesnya.

***

Setiap apa terjadi ia adalah proses.

Proses lahirnya kita ke muka bumi ini.

Proses kejadian manusia.

***

Hidup ini juga adalah satu proses,

kita tidak berada di atas serta merta.

Kita merangkak perlahan hinggalah berjaya.

***

Dalam satu hubungan juga, ada naik turunnya.

Ia juga proses kita mematangkan diri.

Proses mengenali diri kita.

***

Dan ada satu proses yang memakan masa lama.

Proses membersihkan hati.

Bersihkan hati dari sifat mazmumah.

Sirami dengan sifat mahmudah dan zikrullah.

***

Kita punya kesempatan untuk melakukannya.

Berilah ruang untuk proses itu berjalan.

Berusaha dan kuatlah untuk jalankan proses itu.

Insyaallah.

Love.

P/S: .....

06 November 2011

Jodohku

Assalamualaikum,

Ia lari apabila dikejar.

Semakin hampir apabila ditunggu.

Semakin ia mendekat, terus ia menjauhkan diri.

Apabila kita cuba mengelak, jodoh datang mendekat.

***

Cinta bukanlah seperti jodoh.

Jodoh tanpa cinta ia dusta.

Cinta tanpa jodoh ia membawa sengsara jiwa.

Malah, jodoh itu satu bukan dua atau tiga.

***

Bercakap mengenai perihal jodoh, ia adalah rahsia Allah.

Teka-teki yang tiada jawapannya.

Secara azalinya ia telah termaktub siapa untuk kita.

***

Jodoh yang hadirnya lewat mungkin ada sebabnya.

Allah mahu kita persiapkan diri kita.

Menambah apa yang kurang.

Allah mahu beri jodoh terbaik untuk kita.

Mengajar kita jadi sabar.

Mengajar kita jadi yakin.

Dan aku,

tidak henti mendoakan yang terbaik.

Buat jodohku walau siapa jua pun dikau,

Aku mendoakan, persiapkanlah dirimu,

seperti mana aku persiapkan diriku.

Moga bertemunya kita kelak, saling melengkapi.

Saling menyayangi, saling menasihati.

Saling bertolak ansur, saling menghormati.

Buat jodohku walau siapa pun dikau,

Mengertilah, dirimu yang aku tunggu selama ini.

Buat jodohku walau siapa pun dikau,

Mengertilah, dirimu yang aku dambakan selama ini.

Love.

P/S: Buat Cinonex, aku ingat pesan kau. Terima kasih sahabat.

03 November 2011

Cahaya

Assalamualaikum,

Tanpa cahaya gelaplah dunia.

Tanpa cahaya dalam hati, maka gelaplah hati.

Tetapi setiap kegelapan itu pasti ada ruang untuk cahaya menembusi.

Berilah ruang pada cahaya itu.

Janganlah biar ia terus gelap tanpa sebarang cahaya.

Setiap ruang itu ada keizinan.

Setiap ruang itu adalah peluang.

Peluang untuk berubah.

Lebih baik dari yang sebelum ini gelap, Insyaallah.

Love.

01 November 2011

Hey Sexy Lady!

Assalamualaikum,

Lama aku tak tangkap gambar binatang.

Nah untuk kamu.

Nama aku yam semah, ratu kebaya kampung pandan.

Alamak, terover sampai masuk penjara.

Polis: pandangan sisi ye. nak amik gambar.

Polis: pandangan depan pulak ye, kasi kembang sikit. awwwwww!!

Yam semah: over kau polis. nah aku mengepak.

Entry meraban.

Love.

P/S: pernah makan ini ayam?

Followers