29 August 2011

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum,


Moga lebaran kali ini lebih terisi dengan kegembiraan bersama keluarga.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya.

P/S: pelita hilang. lilin pun jadilah.

28 August 2011

Kesempatan


Assalamualaikum

Berilah satu kesempatan untuk mengungkapnya.

Walau hanya ungkapan itu bukan milikku.

Berilah satu kesempatan untuk merasainya.

Walau hanya untuk sedetik cuma.

Berilah satu kesempatan untuk hadir dalam hidupmu.

Walau kehadiran ini menyesakkan jiwamu.

Paksaan bukan itu yang dimahukan.

Cuma rasa jujur, rela dan diperlukan darimu,

sudah mampu membuat rasa diri dihargai.

Kadang-kadang orang itu hadir ia buat kamu sesak.

Ketiadaannya akan buat kamu rindu dan sesal.

Love.

P/S: Jangan rasa sesak dengan kehadiran orang lain.

25 August 2011

Langkah satu permulaan

Assalamualaikum,

Kaki melangkah jauh tanpa arah tuju.

Merewang-rewang di atas tanah pinjam ini.

Kaki ini juga penetap kita.

Penentu hati kita juga.

Tetapkan hati dan kaki pinjam ini,

untuk sesuatu kebaikan dan bukan kehancuran.

Setelah ia terjebak, sukar untuk kita putarnya kembali.

Selagi daya hati ini untuk berubah.

Love.

P/S: Kaki abang aku yang berada jauh di Mesir ketika ini.

22 August 2011

Say what you need to say


Assalamualaikum,


Selalunya kita kongsi dengan semua apa rasa kita.

Sedih, gembira, takut dan segala macam.

Tetapi dalam semua itu,

ia bukan keseluruhan.

Ada juga ruang yang disimpan.

Hanya untuk diri sendiri,

dan bukan untuk orang lain merasainya.

'Walkin in like one army,
Fightin with the shadows in your head,
Livin up the same old moment,
Knowin you'd be better off instead,
If you could only,

Say what you need to say.

Have no fear to givin in,
Have no fear to givin over,
You'd better know that in the end,
It's better to say too much,
Than to never to say what you need to say again.

Say what you need to say.' -John Mayer

Love.

P/S: Sometimes it is hard to say it out loud.

At the end of it, it just sit silently in your fragile piece of heart.

21 August 2011

Touch 'n Go


Assalamualaikum,


Satu perhubungan itu wujud atas dasar sayang.

Ia juga tercipta atas dasar percaya.

Dan perhubungan itu perlulah ada ke arah kebaikan.

Dan bukan hanya 'sentuh' dan 'pergi'.

Meninggalkan secalit rasa sayang dan kemudian lenyap.

Menjanjikan sesuatu untuk bersama kemudian lenyap.

Sungguh kurang ajar.

Tolong jangan sentuh dan pergi.

Sentuhlah hati dan temani selamanya.

Love.

P/S: Jangan hingga tergadai maruah. Itu betul2 touch n go.

18 August 2011

Buat Sang Arjuna


Assalamualaikum,


Lelaki kumbangnya, wanita bunganya.

Lelaki mengikis egonya.

Menebalkan segala perasaan.

Menghapus jauh perasaan malu.

Janji bunga itu milik aku.

Cukup hebat perasaan itu.

Mampu membuat lelaki hebat memartabatkan egonya,

kini hanyut dalam satu rasa cinta,

yang belum pasti miliknya.

Kejarlah, sang arjuna.

"Walau kini engkau
sudah menjadi milik yang lain
kutetap cinta
kuharap engkau kembali
untuk maafkanku

bunga beri aku
satu kesempatan lagi
jangan sampai aku mengemis padamu" -Ihsan

Betul ke macam tu para lelaki sekalian?


Love.

P/S: Segagah, semacho, segarang, sebaran, dan sese yang lain.

16 August 2011

Cucuk

Assalamualaikum,

Bulat itu satu putaran lengkap.

Dalam putaran itu ada yang terkoyak.

Maka terdapat kepincangan di situ.

Ia tidak selalunya bulat.

Maka jangan kita terlalu berharap semuanya lancar.

Jika yang diberikan pada saat ia lancar ketika ini,

Alhamdulillah.

Perlu juga ada peringatan.

Bulatan itu yang bulat, bukan hidup kita.

Love.

P/S: mencari rentak kembali.

14 August 2011

Mana satu pilihan

Assalamualaikum,

Mana satu pilihan yang anda mahu.

Kata keluarga.

Kata rakan-rakan.

Kata kemewahan dunia.

Atau,

kata HATI.

Kadang kala pilihan kita lakukan,

baik dalam kerjaya, peribadi atau apa saja.

Ia bergelumang dalam hidup kita saban hari.

Sesuatu yang kita perlu hadapi.

Orang selalu bilang, ikut kata hati.

Anda bagaimana?

P/S: itu sepupu aku. bukan seorang pembuat roti.

hobinya sama dengan aku.

10 August 2011

Sekiranya semua terhapus


Assalamualaikum,


Sekiranya terhapus,

ketawalah pada kenangan indah bersamanya.

Sekiranya terhapus,

senyumlah pada tutur manisnya.

Sekiranya terhapus,

imbas kembali saat jalan-jalan indah yang dilalui.

Sekiranya terhapus,

ingat pada usapan manjanya.

Walau apa cara musibah melanda.

Kenangan adalah kenangan.

Kenangan itu penggerak kaki kita melangkah.

Penggerak hati kita.

Love.

P/S: Sayu pada mereka yang kehilangan orang tersayang.

Bagaimana keluargaku jika aku pergi.

Komik

Assalamualaikum,

Apa yang kita baca dalam komikus.

Ia hanya rekaan dan terciptalah karakter itu.

Ada pengakhirannya terang cerah.

Ada yang malap dan gelap.

Jika kita menjiwainya.

Jalan yang sedih kita turut menangis.

Jalan yang gembira kita turut senyum.

Tamat kisahnya, alam realiti menyapa.

Kita baru tersedar.

Ia cuma mainan duniawi.

Mainan jiwa kita.

P/S: aku juga menangis kalau novel aku baca.

Terima kasih nuffnang kerana beri BE ke-9.

05 August 2011

Tengah

Assalamualaikum,

Lewat hari itu aku ke sana.

Aku berdiri di tengah retak.

Tengah.

Berada di antara.

Jarak.

Perhubungan jarak jauh selalunya berhasil tak?

P/S: Gambar lelaki itu, aku tidak tahu siapa gerangannya.

Main snap! Sebab dia berada di tengah.

04 August 2011

Aku berserah


Assalamualaikum,


Jika ini jalannya,

Aku redha ya Allah.

Jika ini takdirnya,

Aku redha ya Allah.

Aku mohon dengan rahmatmu,

Kau berilah aku kekuatan untuk melalui waktu yang mendatang.

Kau berilah aku semangat untuk meneruskannya.

Kau berilah aku petunjuk.

Perkenankanlah doaku ya Allah.

'Just go with the flow.

It is already stated at the
very beginning of our birth.'

Love.

P/S: Tidak suka bila perasaan begini.

Aku doa kalian kuat juga ya.

02 August 2011

Not soSogo-licious


Assalamualaikum,

aku pergi hari itu,

padat macam sardin himpit.

mulalah masing-masing pentingkan diri.

bawa kereta macam esok jalan nak retak kecai.

nasiblah aku tak suka ke sogo ni.

P/S: gambar di ambil dari dalam kereta.

01 August 2011

Nak kabor

Assalamualaikum,

Selamat menyambut bulan Ramadhan.

Love.

P/S: Jangan puasa yang yok kalau tak nak kena ketuk!

Followers