30 May 2011
Ingin aku gapai
Assalamualaikum,
Aku gemar melihat awan.
Terasa gebunya.
Mulus.
Ingin aku gapai.
Aku tahu aku tidak mampu memiliki kesemuanya.
Insyaallah, akan aku gapainya.
Perlahan-lahan.
Sedikit demi sedikit.
Moga kalian juga dapat kecapinya.
Insyaallah.
Love.
29 May 2011
Ilmu
Assalamualaikum,
Siapa yang mampu lihat keseluruhan 360?
Kita manusia, tidak mampu untuk lihat sesuatu itu sedalam-dalamnya.
360.
Jangan fikir diluar kewarasan kita.
Jika setakat batu itu kita mampu fikir. Cukuplah.
Jangan cuba dipecah batu itu.
Ia ibarat debu halus yang sentiasa ada.
Tidak nampak kehalusannya, tapi lama hasilnya lumayan.
Tapi,
Belajar dan menguasainya.
Ilmu itu penting.
Love.
27 May 2011
Madu
Assalamualaikum,
Bila dikenang pada bunga comel merah ini.
Teringat masa lalu ia jadi bahan mainan.
Kanak-kanak kecil ketika itu.
Jika ditarik tengah bunganya itu, ada madu.
Manis.
Khasiatnya, tidak tahu.
Jangan sembarangan, kalian.
Ambil yang asli ya.
Love.
25 May 2011
Sesak
Assalamualaikum,
Kini penuh sesak.
Walaupun sekitar tiada orang.
Tiada sekujur tubuh lain.
Tetap rasa sesak.
Walaupun hanya kotak kosong, sepi dan suram.
Sesak, ia tetap sesak.
Arghhh! Give me some space!
Love.
23 May 2011
Perubahan
Assalamualaikum,
Hidup ini umpama remote control.
Buttonnya adalah pilihan kita.
Ada pilihan yang kita tidak pasti apa pengakhirannya.
Ok, adalah button yang kita benar yakin pada keputusan kita.
Jika wayang gambar yang ditonton tidak seperti yang kita harapkan,
Dengan mudah kita boleh menukarnya.
Tetapi kenyataannya, ia sukar.
Terlajak, tidak ada apa yang boleh kita lakukan.
Teruskan dan berubah.
Love.
20 May 2011
Ikut arus
Assalamualaikum,
Ia terjadi dalam sekelip mata.
Jika ini yang terbaik, akan aku ikut aliran arus air kecil di pantai ini.
Seperti pasir halus yang setia menemani airnya.
Aku akur akan kehendaknya.
Jika ini terakhir dari aku.
Maaf kalian.
Sehingga kita bertemu lain waktu.
Love.
17 May 2011
Penuh dalam hilang
Assalamualaikum,
Apa saja yang kita cuba penuhkan.
Ia perlukan waktu.
Ada yang sekelip mata, ia penuh.
Ada yang bertahun, ibarat menunggu pohon mula merimbun.
Tapi itu cobaan yang perlu di lalui.
Dalam penuh itu, pasti ada yang hilang, pasti ada yang kurang.
Ada juga lagi di penuhkan, lagi itu ia kurang.
Ada yang mengeluh, ada yang sabarnya menggunung.
Jangan hingga apa yang cuba dipenuhkan, yang lain dibiar.
Hal kurang yang lain di abaikan.
Yang penuh itu, tak selamanya ia bertakung.
Jangan terduduk bila ia hilang.
Spread the love!
Love.
16 May 2011
Kerja
Assalamualaikum.
Mereka lakukannya untuk sesuap nasi.
Untuk meneruskan hidup yang penuh lelah.
Penuh dengan cobaan yang tak henti-henti mengetuk.
Ada tanggungan yang perlu dibiaya.
Ada hutang yang perlu dibayar.
Biar sedikit, namun ia sudah cukup untuk membahagiakan.
Janjinya, ia halal.
P/S: selamat hari buruh dan selamat hari guru.
Love.
14 May 2011
Senyum
Assalamualaikum,
Kalau senyumkan lagi indah.
Seperti bunga-bunga mekar pada musim bunga.
Pelbagai warna, bermacam bentuk.
Seperti wajah anak-anak kecil diberi gula-gula.
Menyamankan.
Sekeliling juga lebih ceria.
Rezeki juga akan mencurah-curah.
Love.
11 May 2011
Sumbu
Assalamualaikum,
Ibarat sumbu yang di kala dingin malam yang gempita.
Sedikit cahayanya.
Tetapi ia mampu menerangi jalan-jalan kelam.
Bagaimana jika hati kita punya cahaya yang sangat sedikit?
Teranginya kalian.
Kelak ia terang menampakkan keindahannya.
Love
10 May 2011
Malu
Assalamualaikum,
Malu.
Hanya mampu tunduk memandang tanah kasar.
Menguis-nguis pasir debu.
Jari-jemari menari-nari memintal hujung rambut ikal.
Memintal hujung tudung.
Tanda apa?
.............................................................
Love.
P/S: tak ada kaitan dengan empunya diri. :)
09 May 2011
Makan
Assalamualaikum,
Bila tiba rasanya alunan zapin di dalam perut.
Makan bersama orang tersayang lagi indah.
Indah, mungkin.....
Kerana dek menjamah wajahnya sudah rasa kenyang.
Makan yuk!
LOve.
08 May 2011
Mama, you know I Love You
Assalamualaikum,
Aku punya mama yang lembut.
Aku punya mama yang penyayang.
Aku punya mama yang sabar.
Aku punya mama yang segala-galanya bagi aku.
Tangan itu yang membelaiku.
Tangan itu yang mengajarku.
Dari tangan yang halus mulus,
hingga ia berurat timbul.
Argghh! Besar korban mu mama!
Walaupun ungkapku hanya nampak bersahaja.
But truly,
I LOVE YOU, Mama
.
Happy Mother's Day.
Love.
06 May 2011
Waktu
Assalamualaikum,
Kini, waktu bergegas meninggalkan kita.
Ia tidak pernah menunggu.
Kita manusia, sering menongkak dagu menunggu waktu.
Seringkali mengeluarkan kata-kata
'Lambatnya nak pukul 1'
Kita juga seringkali lupa ungkapkan syukur kita masih sempat melepasi waktu itu.
Penuhi waktu anda dengan segala macam perkara.
Jangan biar ia kosong tanpa apa-apa isi.
Love.
05 May 2011
Satu
Assalamualaikum,
Kita genggam pada yang satu, namun ada juga yang selingkuh.
Berat kalau begitu.
Dia cuma satu.
Tiada yang lain.
Tiada penduanya.
Satu.
Love.
03 May 2011
Tugas kamu
Assalamualaikum,
Ia diciptakan untuk lakukan kerjanya.
Tugas major kerjanya adalah pada baju.
Menghalang angin dari meniupnya.
Terbang jauh.
Mungkin juga ia digunakan untuk kerja minor.
Pada setiap ciptaan, ada kerjanya.
Dan kita punya kerja punya tanggungjawab.
Kecil mahu pun yang besar.
Tugas kamu tetap tugas kamu
Love.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers