31 January 2012

Aku tak suka

Assalamualaikum,

'Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta'

-Dadali-


Aku tidak suka lagu ini.

Tetapi dalam aku tidak suka,

aku tetap biarkan bait-bait lagu ini dituturkan.

Love.

P/S: sampai bila pun tak boleh lupa.

29 January 2012

Jika dia...


Assalamualaikum,


Jika dia terbaik buat diri kamu,

Ya Allah, berilah petunjuk bahawa dialah orangnya.

dan,

Ya Allah, berilah dirinya petunjuk bahawa diri kamulah orangnya.

Segala-galanya tidak pasti.

Hanya berserah. Istikharah.

Love.

P/S: aku mendoakan buat semua agar segalanya lancar.

25 January 2012

Mencari cahaya

Assalamualaikum,

Ya Allah, kau sinari hatiku ini dengan cahaya keimanan.

Ya Allah, kau curahi hatiku ini dengan cahaya keinsafan.

Ya Allah, kau sirami hatiku ini dengan cahaya kesabaran.

***
Ya Allah, kau berilah aku hati yang baru.

Dengan penuh kekuasaanmu Ya Allah,

kau tukarlah hati lama aku ini kepada yang baru.

Supaya aku dapat mengelak dari mengotorinya lagi.

Supaya aku boleh mencorak hidup yang lebih baik.

Supaya aku boleh mengukir indah dalam hatiku.

***
Jauhkanlah hasad dengki dalam diriku ini.

Jauhkanlah cemburu dalam diriku ini.

Jauhkahlah segala sifat mazmumah dalam diriku ini.

***
Ya Allah, ubati hatiku ini dengan rasa syukur.

Ya, ubati hatiku ini dengan rasa rendah diri.

Amin, Amin, Amin ya Rabbal'alamin.

Love.

P/S: Atas nasihat Cinonex.

20 January 2012

Dilema


Assalamualaikum,


Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku

Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

Beri Aku Waktu
Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali
-Siti Nurhaliza-

Love.

Kekasih lama datang menagih, kamu terima?

Sekali lagi bukan pasal aku. Ini serius!

P/S: Lagu yang memberi kesan mendalam pada kawan aku.
Dan tiba-tiba aku pun sangkut sekali.

16 January 2012

Cepat baik

Assalamualaikum,

Permulaan tahun baru bukanlah terbaik bagi aku dan keluarga.

Abah tiba-tiba sakit perut dan mungkin ia nya batu karang.

Selama lima hari di hospital, akhirnya keputusan diberi.

Lain pula jadinya.

Ketika abah sakit hanya ada aku saja.

Dan ketika itu aku bagaikan seorang LOSER.

Tidak ketahuan, blur meninggi dan takut.

Aku dengan abah, kami selalu bertekak kasar.

Itulah cara kami bermanja.

Dan apabila aku tinggal bersamanya,

satu persatu perkara aku ketahui mengenai abah.

Makan pakai tidaklah remeh.

Dia makan apa saja yang aku masak.

Bila dia tahu aku masak, seboleh-bolehnya dia akan makan dirumah.

Walaupun mulutnya selalu kata, 'Tak boleh lawan mama.'

Abah,

Cepat baik, banyak lagi benda nak kongsi dengan abah.

Banyak lagi kenangan adik mahu kumpul bersama abah.

Banyak lagi senyuman adik nak beri pada abah.

Kita dua-dua sama keras.

Dua-dua tak tahu nak tunjuk rasa sayang.

But truly deeply inside my heart abah,

ILOVEYOU.

Love.

P/S: aku doakan ibu bapa kita berada dalam sihat sejahtera.

14 January 2012

Hiba


Assalamualaikum,

Seperti mana tunduk bunga ini,

seperti itu juga aku tunduk rapat pada masa lalu.

Satu perasaan yang sukar untuk dibuang.

Hanya masa yang boleh tentukan.

Menangis dalam ketawa.

Berduka dalam gembira.

Kita tidak kuat, tetapi menjadi hipokrit pada diri sendiri.

Hati sudah penat menadah perasaan hiba.

Bertakung sehingga melimpah.

Akhirnya,

Senyum, senyum dan terus tersenyum.

Love.

P/S:Tolonglah pergi dari hidup.

Bukan mengenai diri aku.

“I think you still love me, but we can’t escape the fact that I’m not enough for you. I knew this was going to happen. So I’m not blaming you for falling in love with another woman. I’m not angry, either. I should be, but I’m not. I just feel pain. A lot of pain. I thought I could imagine how much this would hurt, but I was wrong.”
Haruki Murakami, South of the Border, West of the Sun

11 January 2012

Buatmu 1:10


Assalamualaikum,


1:10.

Di mana engkau?

Aku tahu engkau ada di luar sana.

Aku tahu engkau masih tercari.

Aku tahu engkau juga begitu.

1:10.

Aku akan tunggu kehadiranmu.

Aku akan tunggu engkau menyapa.

Aku akan tunggu berdirinya engkau di depanku.

1:10.

Aku tidak mahu yang lain.

Aku hanya mahu penerimaanmu pada diri aku.

Aku hanya mahu kerelaanmu.

Aku hanya mahu keikhlasanmu.

Aku hanya mahu kesungguhanmu.

1:10

Di mana engkau berada,

berapa lama masa yang diambil,

aku akan menunggumu.

Jika bukan di dunia ini pertemuan kita.

Aku redha.

Sesungguhnya Allah telah tentukannya untuk diriku.

1:10

I love you wholeheartedly even I do not know who you are.

Love.

P/S: Buatmu 1:10, di mana kamu? *soalan harian.

09 January 2012

Menumpang

Assalamualaikum,

Disaat kau keseorangan, kau mencari diri ini.

Di saat kau bahagia, kau membuang jauh diri ini.

Kadang-kadang diri ini tertanya, siapa aku dalam hidupmu?

Adakah aku hanya simpanan kau?

Jika kau sayang, tunjukkan rasa itu.

Jika kau bersungguh-sungguh mahu selamatkan hubungan ini,

tunjukkan rasa itu.

Kau memberi harapan palsu.

Akhirnya, kau bahagia dengan yang lain.

Kau bahagia dengan airmata orang lain.

Lepaskanlah dengan cara yang baik.

***
Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka
-Gingerbread-

Love.

P/S: Tak ada kaitan dengan diri aku.

06 January 2012

Expectation

Assalamualaikum,

Orang mengharapkan sesuatu yang lebih dari kita.

Lebih tinggi daripada apa yang kita boleh berikan.

Tertekan, ya memang tertekan.

Tetapi mampukah kita melakukannya?

Tanya pada diri, usaha, berdoa dan tawakal.

Jika pengakhirannya, ia berakhir seperti yang tidak diharapkan.

Maka janganlah menyalahkan diri sendiri.

Kita bukan dilahirkan untuk memuaskan hati semua orang.

Dan kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

Dan hati sendiri akhirnya mengecut seperti hati seorang perokok.

Tidak mudah semua itu.

Love.

P/S: senyum seindah suria yang membawa cahya.

Faiz Zaini, untuk you budak.

03 January 2012

Luar biasa


Assalamualaikum,

Tiada siapa yang sempurna.

Banyak pincang, lopong, lopaknya.

Ianya terisi dengan sesuatu yang sia-sia.

Lemah, tidak berdaya.

Jika disenggol dengan sergahan, maka jadinya beku, berantakan.

Di luar mungkin tampak seperti Superman, Wonder Women.

Konkrit, keras.

Hakikatnya, ia seperti ais yang tidak sabar untuk mencair.

Bersatu.

Luar biasa.

Tidak usah menjadi luar biasa jika tidak mampu.

Tidak usah pergi jauh dari titik berdirinya kamu.

Masing-masing punya identiti, warna, corak sendiri.

Kamu warnakan seperti inginnya kamu.

Maka luar biasalah kamu.

Love.

P/S: Menjadi luar biasa adalah center of attraction. Betulkah?

Followers