30 March 2012

Nikmat


Assalamualaikum,

Kita manusia mudah lupa.

Apabila kita dilimpahkan kurnianya, kita lupa.

Ya, aku juga begitu.

Jangan terlalu seronok hari ini.

Esok atau sekelip mata saja ia boleh pergi.

Bersyukur dengan apa yang kita ada.

Jangan mengeluh dengan apa yang kita sudah ada.

Fikirkan pada mereka yang mahu sesuatu seperti kamu.

Jodoh, pekerjaan, wang, material.

Jika kamu punya jodoh hari ini, bersyukur.

Jika kamu punya pekerjaan hari ini, bersyukur.

Jika kamu punya wang, material hari ini, bersyukur.

Jika kamu punya fizikal yang sempurna, bersyukur.

Letakkan diri kamu pada mereka yang tidak punya semua itu.

Ingat, bersyukur itu penting.

P/S: aku berterima kasih atas segala limpah kurnianya.

26 March 2012

Keliru


Assalamualaikum,

Keliru.

Ya, aku keliru.

Seperti jalan yang cabangnya seperti dahan.

Mahu diambil cabang dahan ini, aku tidak yakin.

Pada aku semuanya serupa.

Keadaan begini buatkan aku terlalu memikir.

Sesetengah orang kata, jangan difikir. Nanti bertambah kelirunya.

Aku jenisnya akan fikir sehingga satu tahap aku sendiri akan melepaskannya.

Aku bukanlah orang yang suka merumitkan sesuatu.

Hati aku, walaupun sekarang ini keliru,

aku masih tersenyum saat minda aku berpusu memikirkannya.

Love.

Tolong-tolong.

P/S: fikir hingga tidak boleh lena.

22 March 2012

Perihal hati


Assalamualaikum,

Mengenai perihal hati dan perasaan,

aku tidak pandai mentafsirkannya.

Aku sangat teliti.

Aku lebih suka pada yang terus-terang.

Kamu tahu kan itu tarik tali?

Seorang tariknya di sini, seorang lagi di sana.

Entah sampai bila.

"Suka katakan suka, sayang katakan sayang"

Aku mahu terus terang?

Sama siapa aku belum jumpa.

***
Lagi satu, jika diri itu sudah berpunya,

buat cara seperti sudah berpunya.

Jangan mainkan perasaan orang, ngerti?!

Love.

P/S: ini hanya berdasarkan pemerhatian aku.

19 March 2012

Spider

Assalamualaikum,

Aku memang punya masalah dengan haiwan ini.

Menaip entri ini saja membuatkan aku geli.

Itu saja.

Love.

P/S: pendek saja sebab tak menahan gelinya.

16 March 2012

Angan dan tidak musnah

Assalamualaikum,

Aku petik bunganya, kemudian aku letak diriba.

Memerhati lama.

Aku mendongak, memandang awan biru ditemani angin lembut.

Dilihat pada penuh dengan contengan impianku.

Satu persatu dicoretkan.

Aku berharap contengan itu akan kekal,

walaupun awan berarak pergi.

Ia tidak semestinya perlu menuruti langkah awan.

Selepas aku coretkan semuanya, ia rahsia antara aku dan awan.

Aku menunduk dan tersenyum.

Berlalu meninggalkan bunga itu.

***
Impian yang tidak dapat dicapai tidak mestinya dipadam terus.

Simpan ia sedalam mana ruang dalam hati.

Bukan hari ini mahu pun esok.

Mana tahu, impian akan terukir indah di masa hadapan.

Tika itu, aku yakin kalian akan tersenyum ria.

Cuma positif saja, ya.

Bagaimana dengan impian kalian?

Berjaya?

Love.

P/S: Dah macam azam tahun baru.

12 March 2012

Allah S.W.T.

Assalamualaikum,

Situasi malam:
Sambil menonton televisyen, anak buah aku bertanya:

Kakak: Allah tu bentuk dia macam mana Achu?

Aku: Allah tak ada bentuk. Dia sentiasa ada dengan kita.
Dia tak pernah lupa dekat kita.

Kakakl: Ooooooo, macam tu. *memuncungkan mulutnya.

Aku: Kita jangan lupa dekat Allah. Macam-macam kita boleh buat.

Kakak: Macam mana, Achu?

Aku: Contoh macam kak nak makan, kakak baca doa kan?

Kakak: Aah. Allahumma bariklana fima razaqtana waqina 'azabannar.
Thank you Allah for the food given to us.

Aku: Itu pun satu tanda kita ingat kat Allah.
Kita bersyukur Allah bagi kita rezeki.

Kakak: Ooooo. *terus tengok TV.

Aku tidak pasti sama ada dia memahaminya atau tidak.
Nak terang pada budak kecil, berbelit juga jadinya.

'Allah tidak pernah lupa pada kita,
kita yang lalai dan lupa akan Allah.'

Allah itu ada cuma fizikalnya kita tidak dapat lihat.
Tetapi dia sentiasa ada dan kita rasa melalui nikmat yang diberiNya.

Love.

P/S: Rindu pada kenangan saat gambar ini diambil.

09 March 2012

Jendela hati

Assalamualaikum,

Hati,

Sehingga kini jendela hati masih belum terisi.

Tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh menerima

hadirnya seorang jejaka dalam hidup.

Mungkin mahu memulihkan hati.

Meneutralkan segala macam virus.

Berapa lama itu haruslah tanya pada diri sendiri.

Masih mahu dalam keadaan sama atau berubah?

***
Teruskan berusaha dan berdoa siapakah gerangannya.

Siapakah yang selayaknya, itu kerja Yang Maha Kuasa.

Biarkan Yang Maha Kuasa aturkan.

Hati, kau dah bersedia?

Love.

P/S: tok tok tok... ada orang?

06 March 2012

Bunga teratai

Assalamualaikum,

Dari bawahnya ia berlumpur kotor.

Dipenuhi dengan tumbuhan dan makhluk alam lain.

Bertarung untuk meneruskan hidup.

Bersesak untuk mencari buih-buih udara.

Ada orang jalan hidupnya mudah.

Ada orang hidupnya payah seperti selipar tua yang menunggu putus.

Seperti bunga teratai, diluarnya tampak indah.

Tersenyum manis.

Tetapi di dalamnya penuh dengan birat luka.

Menangis meraung.

Tetapi itulah kehidupan.

Ada kalanya nampak indah belaka.

Tetapi fikir sejenak dari mana datangnya indah itu.

Usaha diri sendiri atau bantuan orang lain?

Love.

P/S: Happy birthday ABAH and LOVE you!

02 March 2012

Perkataan

Assalamualaikum,

Salah satu tempat percutian yang aku kunjung kala sudah.

Aku fikir, adakah ia masih sama hari ini?

Adakah ia masih dengan perkataan tidak cukup sifat itu?

Mungkin aku patut pergi melihatnya sendiri.

Love.

P/S: klu lokasi, helang

Followers