28 February 2012

Cara ini aku senyum

Assalamualaikum,

Dan inilah apa yang aku dapat.

Walaupun bukan dalam kedudukan sama.

Situasi ungu:

Si lelaki: Suka?

Si perempuan: Love it so much. TQ dear.
Sambil memegang erat tangan. (dah halal)

Kembali senyap.

******
Tersenyum sendiri walaupun dipenuhi orang ketika itu.

Aku tidak peduli sama mata orang.

Yang pasti, aku amati saat indah itu.

Dan tersenyum lagi.

Love.

P/S: Terima kasih senja.
Seperti biasa. situasi rekaan semata. hanya imaginasi.

25 February 2012

Bintang

Assalamualaikum,

"Bintang semu tidak menghasilkan cahaya sendiri tetapi
memantulkan cahaya yang diterima dari bintang lain.-wikipedia"

Situasi malam:

Si lelaki: Buat apa?

Si perempuan: Lihat bintang mengerdipkan matanya.
Sambil tersenyum memandang si lelaki.
Seperti memahami, si lelaki menemannya.
Malam itu kenangan baru terukir.

********
Hati tidak akan menerima seseorang jika ada rasa kasih daripadanya.

Cinta tidak akan terbit tanpa sendirinya.

Ia saling bergantungan antara satu sama lain.

Seperti sepatu yang memerlukan si pemakai.

Mudah-mudahan kasih hingga ke syurga.

Love.

P/S: kasih Allah kekal abadi, kita yang tidak menghargainya.

23 February 2012

Petang nyaman

Assalamualaikum,

Situasi petang:

Si lelaki: Hi dear.

Si perempuan: Hi dear.

Senyap dan sunyi.

*sambil duduk di balkoni dengan segelas kopi panas.

Love.

P/S: a great way to express the greatness creation of Allah.

Situasi di atas hanyalah rekaan.

22 February 2012

Terkesan hati


Assalamualaikum,

Hidup dalam kenangan memang memeritkan

lagi-lagi ia satu kenangan yang penuh duka.

Apabila bersendirian menyelak album lama bersama insan tersayang

membawa kepada perasaan halus menjalar dalam diri.

Melihat gelak tawa, aksi lucu, menangis dan mengimbau

kenangan silam yang tidak terucap indahnya.

Ada yangg bahagia dengan kenangan lalu,

ada yang muram dengan kenangan lalu.

Ada harinya berjalan seolah dia sering menemani seperti dahulu kala.

Kadangkala lebih baik biarkan kenangan ditenggelami awan tebal.

Dan lalui hari esoknya dengan matahari ceria.

Simpan ia rapi dalam hati.

Saat aku menulis entri ini, aku menonton cerita kartun UP.

Kasih suami pada isteri yang tidak terhingga.

Siapa yg belum tonton cerita itu, saksikanlah.

Pasti ia mengguris hati sedih kamu.

Dan aku, setiap kali menontonnya aku menangis.


Love.

P/S: So sweet.
Amaran keras: Dalam gambar itu bukan aku.

19 February 2012

Tanya hati

Assalamualaikum,

'I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down, oh no
So don't you bring me down today'

-Christina Aguilera-

Rasanya tidak perlu kata banyak.

Sudah ramai yang membincangkannya.

Rupa paras atau hati.

Tanyalah diri sendiri.

Dan pastikan kamu tidak kata 'Aku tak kisah.'

Love.

P/S: where are you my dearest 1:10?

17 February 2012

I'm tired

Assalamualaikum,


I'm tired.

Tired of everything.

Just feel like crying so hard.

Love.

P/S: someone lend me your shoulder,
bring me to a place that i can be alone.

15 February 2012

Mengejar

Assalamualaikum,

Love.

P/S: Balasan

13 February 2012

Lelaki dan kucing


Assalamualaikum,


Pada aku lelaki dan kucing satu kombinasi yang seksi.

Ya, mungkin ada yang kata ia biasa saja.

Tetapi pada aku, ia seksi.

Terserlah sifat kasih dan penyayang pada haiwan.

Terserlah sifat manjanya.

Mungkin aku dilahirkan dalam keluarga yang sukakan kucing.

Ya, aku suka lelaki yang sukakan kucing.

Bagaimana dengan kamu?

Lelaki dengan haiwan apa kamu rasa ia seksi?

Macam ini,


Love.

P/S: sayang, nanti nak bela kucing eh *okeyayatmintapelempang.
Tak dapat yang suka kucing pun tak apa, janji dia sayang aku sudah. :P

11 February 2012

Ya, sudahlah.

Entri ini tiada untuk siapa cuma luahan hati yang
aku simpan bertahun-tahun lamanya sehingga umurku kini.

Harap tiada yang terkesan hatinya.

Assalamualaikum,


Pernah merasakan seseorang mencari anda kerana sesuatu?

Selepas mendapat apa yang dia mahu, ia hilang.

Pernah?

Aku pernah merasa begitu.

Kadangkala seperti dipergunakan.

Aku tidak minta untuk perhatian sepenuhnya, tidak sama sekali.

Apabila itu berlaku, caranya aku telan semua.

Aku hadam setiap satunya lumat dalam diri.

Selama ini, aku sentiasa ada untuk mereka.

Sentiasa memberi apabila mereka memerlukan keberadaan aku.

Mungkin aku patut hilang perlahan-lahan.

Luput mati dalam hidup mereka.

'Aku pernah hilang dalam hidup ramai orang,
dan aku tidak teragak-agak untuk hilang sekali lagi'

Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan.

Aku tidak selamanya kuat.

Akhirnya aku rebah juga.

Rebah dalam senyum.

Love.

Bukan kisah pasangan hidup.

P/S: I'm not being myself anymore dan aku ikhlas.

09 February 2012

Suara dan Surah

Entry tanpa gambar dan bukan khamis yang spontan.

Assalamualaikum,

Lelaki dengan suara jantannya.

Perempuan dengan suara ayunya.

Tetapi, suara aku.

Ahaks.

Orang kata lelaki yang suaranya jantan habis,
mukanya tidak handsome.

Dan terbaliknya juga.

Betul?

Aku, pedulik sama itu.

P/S: Suka dengar bacaan Sheikh Sa'ad Al-Ghamdi,
lagi-lagi Surah Yassin, sebak jadinya.

06 February 2012

Kasut malas

Assalamualaikum,

Aku suka melihat lelaki memakai kasut begini.

Lagi-lagi dengan berbaju melayu.

Yang perempuan, kamu suka?

Mungkin ada yang menganggap ia selekeh.

Love.

P/S: ilovered, iloveblack

03 February 2012

Mengintai dari tirai kamar


Assalamualaikum,


Pernah merasa diri tidak layak untuk sesiapa?

Pendidikan, material, paras rupa dan apa saja.

Kita tidak pernah meminta semua itu.

Sekeliling perlu terima.

Sedar.

Diri sendiri juga perlu terima.

Sekeliling memang tidak akan faham.

Dan kita tidak mampu memperjelaskan satu persatu.

Diri sendiri perlu mengubahnya kepada bentuk realiti.

Bukan melawan takdir, cuma perubahan untuk kebaikan diri sendiri.

Buktikan mereka silap.

'Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta...
***
Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu...'
-Exist-

Love.

P/S: General talk. kene kuat!

Followers