30 June 2011

Menunggu

Assalamualaikum,


Ketika menunggu isyaratnya hijau.

Ya, jalan.

Aku mendongak melihat awan.

Tenang-setenangnya.

Menanti mendung.

Alhamdulillah.

Love.

29 June 2011

Teteddy Bebear

Assalamualaikum,


Jiwa kanak-kanak aku berombak.

Ingin sekali mempunyai bebear yang comel.

Yang manja kaku.

Bukan yang menyinga bila ternampak susuk tubuh manusia.

Ia tidak bernyawa.

Tapi aku tau bagi kaum hawa, ianya peneman setia.

Lagi, jika ia dari pemberian tersayang.

Aku punya patung Garfield yang tercabut hidunganya.

Sadis sekali.

Terima kasih mama,

pemberiannya padaku.

Love.

P/S: Mana pergi Garfield tu? musykil.

Aku dapat lagi 2 BE dari nuffang. Alhamdulillah.

Terima kasih nuffnang.

28 June 2011

Hari jadi


Assalamualaikum,


Saya nak cakap sikit.

Beri perhatian ye.

Pada mereka yang menyambutnya,

Hari ini,

yang sudah lepas,

yang akan tiba,

Selamat Hari Jadi.

Semoga diberkatiNya.

Love.

P/S: hari ini bukan ulang tahun aku.

27 June 2011

Layu itu indah


Assalamualaikum,

Mata kita sering mahu lihat yang indah.

Seperti bunga-bunga mekar pelbagai warna.

Itu lumrah.

Tetapi jangan hanya terus leka dengan keindahan itu.

Kerana ia akan ditelan masa.

Keindahan itu hilang.

Tapi apa yang perlu disimpan ketat adalah,

perasaan kasih dan sayang,

perasaan seperti diperlukan,

perasaan dilindungi.

Cukup berkesan pada diri.

Jika satu hari nanti keindahan itu hilang.

Jangan bersedih kerana kita punya memori itu.

Bawa setiap kenangan itu ke mana saja.

Semat kemas dalam hati.

Love.

25 June 2011

Matahari Maghrib

Assalamualaikum,

Matahari terbenam.

Aku sangat suka.

Nak pergi pantai.

Tangkap puas-puas!

Mau ikut?

Love.

P/S: balik kampung. hoho.

24 June 2011

Lokap


Assalamualaikum,


Berkasih tidak mengapa.

Tetapi berpada-pada.

Batasnya perlu jaga.

Jangan sampai tercekup sudah.

Jika sudah kedehak sangat inginkannya.

Nikah saja dengan yang tercinta.

Bukan kerana batin saja.

Tetapi yang lain juga perlu.

Yang pasti,

Kasi halal.

Ngerti?

Love.

23 June 2011

Kembali lihat

Assalamualaikum,


Pantulan dari cermin besar ini.

Memantulkan diri kita.

Melihat bayang diri kita.

Jangan terlalu bangga pada apa yang kita punya.

Aku punya banyak kekurangan.

Beri aku masa untuk berubah.

Itu saja aku pinta.

Love.

P/S: gambar masa jumpa blogger.

22 June 2011

Samar


Assalamualaikum,


Teringin berada di satu tempat yang aku belum pasti kejadiannya.

Itu adalah doaku.

Doa dalam pada setiap solatku.

Mengeluh sering kali memikirkannya.

Tetapi, aku punya Allah yang sentiasa mendengar.

Tempat aku mengadu,

Tempat aku meluahkan segalanya,

Tempat titisan air mataku gugur ketika sujud.

Perkenankanlah doaku ini Ya Allah.

Aku yakin ia ada. Lambat dan cepat.

Aku doakan kalian.

Love.

20 June 2011

Thank You


Assalamualaikum,


Sudah lama aku ingin mengucapkan kata-kata ini.

Terima kasih.

Terima kasih pada mereka yang mengunjungi blog aku.

Terima kasih yang bertegur sapa dengan aku.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengomen.

Terima kasih pada mereka-mereka yang menceriakan aku.

Kalian tahu siapa yang aku maksudkan.

Kamu. Kamu. Kamu.

Terima kasih pada mereka yang rapat dengan aku.

Terima kasih juga kepada Nuffnang bagi BE pertama aku.

Terima kasih pada mereka, Shida, Ulan, Pucheh dan sesiapa yang membantu aku.

Aku, SyahadaSubri, nak ucap terima kasih pada kamu semua.

Maaf juga aku pinta sekiranya ada terkasar bahasa semasa bergurau senda.

Tiada niat untuk melukakan hati sesiapa.

Love.

P/S: ucapan yang merangkumi semuanya.

Kini


Assalamualaikum,


Kita sering disuntik dengan sesuatu yang tiada pastinya.

Sesuatu yang kita tiada.

Bermati-matian cuba untuk mejadi seperti sang pelangi.

Membiaskan warna yang indah.

Tetapi, tidak kalian rasa,

Menolak segala ciptaannya.

Menokok nambah sesuatu yang tiada.

Realiti.

Segala apa yang tercipta indah belaka.

Cukup indah.

Luaskan. Jangan sempit minda.

Love.

P/S: selalu skip makan.

19 June 2011

Terus cuba


Assalamualaikum,


Pusing. Pusing. Pusing.

Teringat wayang gambar The Pursuit of Happines.

Laju tangan Will Smith memusing-musing.

Apa yang pasti.

Jangan berhenti usaha.

Seperti percaturan hidup kita pada hidup.

Love.

P/S: aku tidak pernah berjaya selesaikannya.

17 June 2011

Kunci itu Pengikat


Assalamualaikum,


Kunci.

Ia diperlukan kala ingin membuka.

Membuka apa saja yang berkunci.

Kunci juga ada pada diri kita.

Dalam jiwa kita.

Kunci untuk segala yang baik mahupun buruk.

Menyekat.

Bagi yang bercinta.

Kunci hati pada yang disayangi saja.

Kunci juga pada yang SATU.

Selamanya.

Love.

16 June 2011

Gerhana Bulan



Assalamualaikum,


Aku menantikan saatnya.

Kehulu kehilir dalam rumah mencarinya.

Akhirnya, sebelum saat aku melelapkan mata.

Aku berdiri dijendela.

Meliar mata aku mencari.


Akhirnya.

Aku bertemunya jua.

Walau hanya ia dilindungi awan.

Tapi cukup pada aku.

Love.

14 June 2011

Discount


Assalamualaikum,


Bolehkah cinta di diskaun kan?

Harapnya tidak. Harapnya tidak.

Alangkah indah jika ia kekal pada 100%.

Alangkah pelanginya hati ini jika ia lebih dari 100%.

Jangan diskaunkan perasaan itu kalian.

Tidak kira kepada apa pun.

Kekalkan perasaan itu.

Percaya. Yakin. Doa, Tawakal.

Harap kita ditetapkan perasaan itu.

Love.

13 June 2011

Kecil itu Cukup


Assalamualaikum,


Impikan saat ini.

Membeli sesuatu untuk yang di sayangi.

Walau ia kecil, cukup.

Tidak perlu meriah.

Tidak perlu menandingi yang lain.

Cukup yang sederhana.

Ia lebih memadai.

Apa yang lebih mengusik,

Perasaan diingati yang lahir dalam jiwanya,

sudah cukup untuk buat kamu tersenyum.

Rasa dihargai.

Bisa buat kamu mekar.

I wish that moment could happend to me.

Spread the Love.

Love.

P/S: Dalam foto itu bukn aku.



12 June 2011

Peringatan


Assalamualaikum,

Ia sekadar peringatan pada kita.

Sudah ditegah tetapi sering terjadi.

Sengaja atau perasaan biarkan saja itu suatu masalah.

Tidak disengajakan.

Peringatan pada diri aku juga.

Tak kira di mana.

Apakah tegahan.

Dilarang tetap dilarang.

Hormatinya.

Love.

11 June 2011

Musika


Assalamualaikum,

Ia berada di mana saja.


Alunanannya kadang mengena pada jiwa.

Membuat perasaan bertambah parah.

Bangkitkan ceria pada keadaan suram.

Jangan didengar melodi yang sedih.

Ia menambahkan rasa sakit yang sangat terkesan.

Aku suka yang drumbassnya kuat.

Ditinggikan volume.

Kadang turut bernyanyi.

Membalut rasa parah, kecewa, gundah.

Yang pasti jangan ia melalaikan, ya.

Cukup sekadar menempis jauh gundah yang berat dilepaskan.

Love.


08 June 2011

Photoshoot : Zahin


Assalamualaikum,





Another awesome photoshoot with my other nephew.

Love.


06 June 2011

Photoshoot : Faris


Assalamualaikum,



Faris with her mom which is not me. LOL.


A short photoshoot with my nephew.

Sangat busy dan tak sihat.

Doakan aku cepat sembuh ya.

Love.

04 June 2011

Proses


Assalamualaikum,

Ia bermula dari awal.

Di setiap pemasangannya akan ada kerosakan.

Perlu dikerah segala keringat yang ada.

Memikir segala permulaan dan pengakhiran.

Gembirakah atau kecewakah?

Setaip permulaan ada onak dan duri.

Ada gembira, duka, kecewa dan segala macam perasaan.

Pengakhirannya kita sendiri tidak pasti.

Cuma, jalaninya, hayatinya.

Just go with the flow.

Love.

03 June 2011

A day out with Stitch


Assalamualaikum,


Just a short entry!

A day fun with Stitch.

Sangat nakal itu Stitch!

Enjoy ya!

Love.

P/S: testing lens :)

01 June 2011

Sendiri


Assalamualaikum,


Ia hidup menumpang.

Seperti tidak boleh dipisahkan.

Mencengkam kuat.

Jangan menumpang untuk kepentingan diri sendiri.

Jangan menumpang untuk mendapat megah.

Jangan menumpang untuk mendapat kesenangan.

Ia ibarat terima habuan tanpa berpenat lelah.

Akan terkapai-kapai jika sesuatu luar biasa berlaku.

Ketika itu, jeritlah.

Menangislah.

Musnah ibarat rumah pasir yang dihanyutkan air.

Stand on your own feet.

Love.

P/S : photo kredit untuk Aida , edited oleh aku.

Followers