29 September 2011

Terima kasih HACKER

Semalam aku tengah buat kerja dan memang tabiat aku sambil buat kerja aku BW. tutup cerita.

Then aku refresh blog aku, tiba terjengoih muka ala-ala jepun cun dok pandang, siap lagu merdu lagi.

Tangan yang dok ligat pegang mouse terbenti dok tenung muka cun tu.

Terima kasih yang membantu aku. Aku sangat-sangat hargai. Teramat sangat hargai.

Alhamdulillah harap tak ada apalah lepas ni.

P/S: terkedu nak teriak bila dok pandang muka antu tu.


27 September 2011

Asap kepul-kepul

Assalamualaikum,

Teringat kembali saat gembira.

Gelak tawa yang menerangi malam itu.

Riuh rendah laman rumah.

Ketika itu anak-anak kecil lagi.

Kemudian, menyusulnya dewasa.

Untuk kembali saat itu menjadi janggal.

Suasana yang pada zaman hingusan itu rapat,

berubah seperti padi yang menunduk.

Segan.

Terbit dalam hati ini mahu ketawa ketika terkenangkannya.

Sungguh riang seperti tidak punya masalah.

Rindu saat-saat itu.

Kanak-kanak caranya kanak-kanak.

Dewasa caranya matang dari kanak-kanak.

Walaupun tidak semesra dulu, ketawa kurang.

Kenangan dulu itu tetap ada.

Cepat saja ia berlalu.

P/S: belemoih tahap gaban dulu-dulu ni.kakaka

Terima kasih Nuffnang dengan BE nya yang ke-still tak tahu.

25 September 2011

Selagi daya

Assalamualaikum,

Aku memang menunggu masanya.

Penuh dengan berkobar-kobar menantinya.

Seperti cahaya panasnya yang menusuk.

Akhirnya, aku sempat menyimpan momen ini.

Ya, aku tahu akan ada lagi yang akan lebih indah.

Tetapi akankah aku sempat melihatnya lagi?

Adakah ada kesempatan bagi aku untuk menghayatinya?

Selagi aku diberi kesempatan,

akan aku cuba menangkap kemas momen ini.

Selagi itu juga aku akan menghayatinya.

Selagi itu aku akan cuba menyusun bibit indah itu.

Selagi itu akan aku sayang.

Selagi kamu ada suka pada sesuatu,

hayatinya,

kenangkannya,

sayanginya,

cintanya.

Kita tidak tahu bila semuanya akan berakhir.

Selagi mampu, selagi daya.

Semuanya atas kehendakNYA.

Love.

P/S: ketika berkejaran menaiki tangga. dikacau pula oleh
satu pasangan yang baik punye berdating.

Potong betul!!!!

Happy Birthday Kakak

Assalamualaikum,

Selamat hari lahir.


Kita tidak pernah bersua,

namun kita seperti kenal sudah bertahun lamanya.

Jarak usia kita agak jauh.

Namun aku tidak peduli.

Kita berbual dengan hanya bunyi detak keyboard.

Ada saja kita akan berbual.

Menangis, ketawa, marah dan segala macam perasaan kita kongsi.

Kita kenal tidak sampai satu tahun.

Hanya alam maya ini penghubung kita.

Saya SyahadaSubri, mendoakan kakak puteri dipertemukan jodoh.

Diberi kesihatan yang baik.

Bahagia bersama keluarga.

Mencipta keriangan pada setiap apa yang dilakukan.

Moga impian akak yang dulu dicerita akan termakbul.

Aku tidak ada apa-apa material yang boleh diberi.

Doa aku pada akak adalah sama seperti aku doa untuk keluargaku.

Harap persahabatan, persaudaraan kita kekal hendaknya.

Aku temui orang asing yang kini aku anggap seperti kakakku.

Love.

The one and only your stranger's sister,

chacha

23 September 2011

Terimalah wahai kalian

Assalamualaikum

Dulu ianya diwarnakan hijau.

Merimbun lebat.

Cukup cantik dan nyaman kala itu.

Pada waktu itu, kata-kata indah menyapa.

'Cantiknya!'

Datangnya cuaca yang merubah segalanya.

Yang dahulunya, menghijau.

Kini bogel malu tiada yang menyelimuti.

Ketika itu, kata-kata kurang enak mula menyapa.

'Tak sukalah. Buruk'

Sama ada manusia, haiwan, barang atau apa saja,

ia berubah dalam peredaran masa.

Hati juga dengan cepat berubah.

Itu semua putarannya.

Jangan kita mengubah asalnya.

Hakikat tetap hakikat.

Terkilan dengan ada rasa 'perbezaan' itu.

Diasingkan, disisihkan, dibuang terus.

Tolonglah, terimalah seadanya 'sesuatu' itu.

Love.

P/S: Sedih dengan sikap seseorang.

Terima kasih Nuffnang atas pemberian BE yang ke-TAK TAU

21 September 2011

It is hard to say


Assalamualaikum,

Dirimu aku perlukan tika aku masih kecil.

Merengek memerlukan belaian manjamu.

Engkau lakukan yang terbaik untukku.

Pada mula aku hanya bergantung pada diri mu.

Hingga aku mampu untuk bangun berjalan sendiri.

Sakit aku,

menangis aku,

ketawa aku,

engkau melihat dengan penuh minat.

Saat itu akan berlalu pergi.

Jauh meninggalkan kenangan manis.

Hanya gambar saja menjadi hadiah senyuman untukmu.

Kenangan buatmu untuk diceritakan bersama.

Dan kenangan itu akan diturunkan seterusnya,

kepada generasimu yang lain.

Bergelak ketawa, menangis bersama.

Walaupun ia sudah jauh ditinggalkan masa.

Gambar itu mampu mengulang detik itu semula.

Love.

P/S: akan mengambil semua gambar keluarga pada
setiap perjumpaan atau apa-apa acara.

19 September 2011

Tong gas

Assalamualaikum,

Walaupun sekadar membawa lori gas ini.

Bahaya tetap bahaya.

Jika tersilap langkahnya, pasti.

Diri serta yang lain juga terlibat.

Moga-moga mereka yang kerjanya begini berhati-hati.

Fikirkan diri sendiri, keluarga dan orang lain yang terlibat.

Hargailah orang tersayang.

P/S: Takut dengan lori yang bawak-bawak gas2.

Tak kira musim perayaan atau segala macam pesta.

17 September 2011

Sweety Cheese

Assalamualaikum,


Perghhhh!!!!

(Ini kek ya anak-anak)

Terbaiklah. Sangat suka sama itu cheese.

Nak order silalah ke Blog Mr. Curly ya.

Love.

P/S: Itu saja yang boleh nak gambarkan betapa sedapnya.


15 September 2011

Kawan


ENTRI TANPA GAMBAR.

Assalamualaikum,

Jika sahabat kita resah,

Ya, kita juga merasainya.

Jika keluarga kita resah.

Ya, kita turut merasainya.

Jika kita resah, keluarga sentiasa ada untuk kita.

Jika kita resah, adakah sahabat kita ada dengan kita?

Meminjamkan bahu.

Meminjamkan telinga.

Meminjamkan sentuhannya.

Tidak ramai yang begitu.

Kawan bukan sahabat.

Aku ada untuk mereka.

Tetapi mereka tiada untuk aku.

Walaupun begitu, aku terima.

'Friends become strangers
Strangers become friends.'

P/S: Telan saja.

Tiada gambar kerana tidak mahu menuding pada siapa.

Tak peduli sama spontaneous thursday.

13 September 2011

Tomyam


Assalamualaikum,


Aku mahu makan tomyam pedas gila sambil menangis.

Mesti rasa puaskan.

Puas menangis dari rasa nikmat makan.

Love.

Nak cuba?

P/S: buang tebiat!

11 September 2011

Lepas dengan rela


Assalamualaikum,


Dulunya, ia berada dekat dengan kita.

Seperti tidak boleh dipisahkan.

Sama ada kekasih hati, keluarga, sahabat, material atau apa saja.

Apabila ia hilang, luput atau meninggalkan jauh diri kita,

ia membuatkan diri kita seperti sukar untuk mempercayai.

Sukar untuk menerimanya.

Tiada lagi di depan mata.

Bukan lagi milik kita.

Hanya kenangan saja yang menjadi pengubat rindu.

Dalam apa jua cara, kita perlu redha.

Melepaskan sesuatu yang bukan milik kita.

Belajarlah untuk melepaskan ia pergi.

Jangan pasungkan ia dalam jiwa, minda dan hati kalian.

Bebaskan ia pergi.

'Let it fly away, sooner or later,
you gonna get something
which is much more better than before.'

Love.

Kamu bagaimana?

P/S: Cuba untuk belajar melepaskannya dengan rela hati.

09 September 2011

Perginya dia


Assalamualaikum,

Saat tibanya 1 Syawal, berduyun-duyun mengunjunginya.

Ya, aku juga begitu.

Tika Syawal beransur, sekujur tubuh bernyawa tiada lagi menziarahi.

Ya, aku juga begitu.

Aku melihat ayahku memanjatkan doa untuk kedua orang tuanya.

Ya, ayah aku juga akan pergi meninggalkan aku.

Ya, emak aku juga akan pergi meninggalkan aku.

Berilah aku kesempatan, Ya Allah.

P/S: adakah menziarahi hanya pada Syawal saja?

Kesedaran untuk diri aku juga.

07 September 2011

Kepada Hati, kuatlah.


Assalamualaikum,

Sudah letih menunggu.

Menunggu pada sesuatu yang tidak pasti.

Menunggu pada sesuatu yang pengakhirannya tiada noktah.

Penat jiwa.

Penat mata.

Terseksa rasa bila begini tercoraknya cerita itu.

Jalan yang terbaik adalah terus ke hadapan.

Ya, sukar.

Hati kuatlah. Tolong kuat untuk tuanmu.

Berilah ia lebih nyawa, lebih kehidupan.

Merahlah kau hati.

Love.

P/S: segala macam perasaan pada ketika ini. Pergilah jauh.

02 September 2011

September akhirnya kau tiba


Assalamualaikum,


Saya nak cakap sikit.

Beri perhatian ye.


September bulan aku dilahirkan.

Bulan mama ku bertarung nyawa melahirkan aku.

Terima kasih mama.

Untuk diriku:

Moga lebih matang.

Moga dimurahkan rezeki.

Moga dikurniakan kesihatan yang baik.

Moga boleh membahagiakan semua orang.

Selamat hari lahir buat diriku sendiri, Syahada.

P/S: enamseptember.

Followers