11 February 2012

Ya, sudahlah.

Entri ini tiada untuk siapa cuma luahan hati yang
aku simpan bertahun-tahun lamanya sehingga umurku kini.

Harap tiada yang terkesan hatinya.

Assalamualaikum,


Pernah merasakan seseorang mencari anda kerana sesuatu?

Selepas mendapat apa yang dia mahu, ia hilang.

Pernah?

Aku pernah merasa begitu.

Kadangkala seperti dipergunakan.

Aku tidak minta untuk perhatian sepenuhnya, tidak sama sekali.

Apabila itu berlaku, caranya aku telan semua.

Aku hadam setiap satunya lumat dalam diri.

Selama ini, aku sentiasa ada untuk mereka.

Sentiasa memberi apabila mereka memerlukan keberadaan aku.

Mungkin aku patut hilang perlahan-lahan.

Luput mati dalam hidup mereka.

'Aku pernah hilang dalam hidup ramai orang,
dan aku tidak teragak-agak untuk hilang sekali lagi'

Selagi aku boleh bertahan, aku bertahan.

Aku tidak selamanya kuat.

Akhirnya aku rebah juga.

Rebah dalam senyum.

Love.

Bukan kisah pasangan hidup.

P/S: I'm not being myself anymore dan aku ikhlas.

31 comments:

Munn Jaafar said...

jgn makan hati lama2...xguna simpan dlm hati ttg org mcm tu..

senyum k =)

Unknown said...

nanti mkn diri klu d fikir lama2

Ujie Othman said...

akak penah rasa gitu..marah+sedih+nyampah sume bercampur.

tapi takpe, tiap perbuatan ada balasan di akhirat.

Cik tikah said...

pernah rasa. sakit hati :(

♪ cik katak ♪ said...

mungkin hilang itu perkara terbaik untuk kita dan semua kan syg..

aku pernah merasa perkara yang sama..

sekarang diri sungguh rapuh dan berharap akan perlahan-lahan hilang di celah kelam malam..

erkkkk ayat apakah ini???

amrlaqm said...

rasanya semua orang pernah begitu..
bersabarlah, satu pergi, sepuluh yang ganti..

aiseh apa nie -,-
haha :P

naiemah_ramli said...

pernah berlaku..mmng sakit hati..tapi biarlah kita pendam ja ^_^..

*bersabar ^_^

Mek Onie said...

biarkan sahaja mereka, yang kita biarlah dengan sikap kita.... perasaan sebegitu jangan dipendam terlalu lama, biarkan ia berlalu ....

cik ima said...

faham perasaan akak cha..
sakit sangat an.. :)
sabar sis.. :)

cik kiwi's said...

sukar. dimana satu persepuluh itu?. belum tiba. InsyaAllah. sedikit masa lagi. percayalah. masih ada yang sudi. percayalah syg..:)

ibnuismaini said...

Jangan hilang terus. Bertahanlah. :)

wachak said...

Jgn diletakkan sesuatu harapan diatas ikatan persahabatan. Biarlah ianya dibina dgn se ikhlas hati.

HalimKich said...

rilek2..sabar..

cik bulan said...

huhu..have been in that situation..:/

xpe cha..ulan akan sllu ada di sisi cha..^^..aww..haha..:')

Noura Nur said...

fikir hidup kita ni untuk memberi..
Jadi kalau menerima,kita hepi..
Kalau kehilangan n ditinggalkan kita redha..
What u give.u''ll get back insyaallah

INA_Noorlina said...

cha ni dinamakan ujian n dugaaan hidop k?..xsume yg kte inginkan kte leh dpt n xsume yg kte arpkan kte akn peroleh..sabarlaa, yg pntg kte ikhlas..yg lain2 tolak tepi, enjoy ur life k bebeh? :)

Unknown said...

kena bykkn besabar dan selalulh mendekat diri dgn Allah. Insyallah akan mendapat keberkatan dlm hidup.

Unknown said...

pernah. (: apa apa pun tabahkan diri dlm kehidupan.

Afiqah said...

relax kak :) sabar sabar

Zaza Iman said...

tabahkan hati..

Korn Ahmad said...

kehidupan macam ni la.. mane ade sape2 yg hidup nyer best jer..... btul x... anggap jer la sbg ujian hidop

Anonymous said...

cuma nak cakap. sabar sahaja. u will be rewarded. :)

Anonymous said...

senyum pengubat hati yg sakit..InsyaAllah bleh tenang..n memaafkan itu lebih baik..=)

Ayie Abas said...

sabar cha..sabar jgn ikut perasaan dn kata hati sgt...:)

cha zainol said...

kalau tiba masa, kita perlu hilang. yakin lah. kau akan bahagia tanpa mereka. aku pernah cuba.

Diari Si Froggie said...

saya sangat memahami hati anda wahai cha ku sayang :) sabar ea dear..

Unknown said...

yer..saye memahami..!!..

Potia Casadelarossa said...

Saya selalu ckp benda ni kat facebook..

Hidup ni ibarat anak panah..
kita dah ada sasaran dah..
Dah ada yg terbaik pada sasaran tu..
Tp bila ditiup angin..
anak panah tu tersimpang jauh dari sasarannya..
Lain yg kita nak, lain yg kita dapat..
Suka ke tak suka ke..
Hidup kena berani terima hakikat..
Pahit ke manis ke..
hidup mesti diteruskan...

Saddila said...

perasaan akak sekarang, mcm dila.

terasa dipermainkan. okay redha :(

Lan Bingka said...

ada gak, datang nak ajak join MLM..hehe

afzalsukasuki said...

tak harap awak hilang dalam hidup saya

Followers