Assalamualaikum,
Pernah lakukan sesuatu tetapi cuma dipandang sepi, dibuang layu?
Perit bukan apabila diperlakukan begitu.
Lebih-lebih lagi jika diri kamu bukan siapa-siapa.
Segala usaha kamu terus ditolak rakus tanpa periksa.
Sama ada dalam kerja, cinta, sahabat kalian.
Hargailah diri mereka.
Hargailah kerendahan hati, keluhuran, kesungguhan mereka.
Kadang kala ia bukan untuk dipuji, cuma ingin rasa dihargai.
Terus memberi segar, senyum dan bahagia.
*****
Dalam perihal cinta, hargailah apa yang pasangan kamu lakukan.
Mereka merendahkan ego, amarah untuk berbaik.
Mereka bersungguh dalam menawan hati.
Tetapi, pada yang bersungguh itu janganlah dipermulaan saja.
Teruskan kesungguhan menyintai pasangan kalian.
Bak kata seseorang, usaha menyemarakkan rasa kasih.
Itukan lebih indah.
Menghargai antara satu sama lain.
'Orang itu ada bersama kamu.
Cuma kamu menutup mata saat keberadaannya didepan mata kamu.
Dicubanya menyapa kamu, kamu tepis.
Susah dicari, senang dipinggir.
Dipintanya hanya untuk dihargai.'
-LoveBug-
Love.
P/S: hargai diri sendiri dan hargai mereka dikeliling kamu.
18 comments:
hrmm.. mmg perit kalo org tak hargai usaha kita. sedih sngt.. ada lah smpai mcm tu,
hmmm :D fiqa hargai akak tak? hee :D btw mamak tuu nanti dh takde lagi hahahaha
hargailah antara satu sama lain jangan dah hilang baru nak tercari-cari...
nice..hargailah insan itu andai dia masih di sisi.
try not to judge the one that walk away. there's always two sides of story. :)
Jika dia betul2 dapat mengembirakan hati
mengapa tidak mike berusaha mendapatkannya.
Jgn biarkan dia berlalu pergi begitu sahaja :)
Bnda yg pling mudah mnusia lupa bila org yg brkorban ada dpn mta kita. Mcm2 bnda kita fkir tntng dia. Bila dh takde, brulh trasa pngorbanan dia..
realiti kehidupan, walaupun perit tapi itu realiti. tapi apa2 pun kita perlu sentiasa berfikir dan bermuhasabah diri
ssh jgk kalu kite je y taw hargai dye
sakit rasanya bila tak dihargai :(
Terima seadanya...
Perbaiki kelemahan yg ada...
rasa kecewa jugaklah bila tak dihargai. tapi kita selalu menghargai mereka walaupun mereka tak menyedarinya ..
cukup geram klu kita d perlakukan camni kan
suka la baca puisi cha. sweet penuh makna.. :)
hargailah dye seblum kite kehilangannye.. ^^
sweet je entri ni..^_^
betul ! memang pedih kalau ape yang kite buat orang langsung tak hargainya.. hmmm
Dalam perihal cinta, hargailah apa yang pasangan kamu lakukan.
Mereka merendahkan ego, amarah untuk berbaik.
Mereka bersungguh dalam menawan hati.
Tetapi, pada yang bersungguh itu janganlah dipermulaan saja.
Teruskan kesungguhan menyintai pasangan kalian.
Bak kata seseorang, usaha menyemarakkan rasa kasih.
Itukan lebih indah.
Menghargai antara satu sama lain.
suka yang ni!!!!!!!!!!!!!!!!!..:)
Post a Comment