Assalamualaikum,
Hidup mana pernah lari dari tekanan.
Kita lari ia kejar. Setiap masa menghantui.
Dan setiap orang punya cara untuk tidak fikirkannya.
Saban hari kita disogok dengan cerita tekanan.
Mahu lari dari masalah, silakan.
Cumanya, jangan lari dengan cara menunjukkan akal fikiran
lebih kering dari tanah yang merekah dek panas membahang.
Cetek sungguh pemikiran.
Tetapi fikirlah, kita di dunia hasil anugerah tuhan.
Fikirkan orang lain sebelum melakukan kerja bodoh.
Dalam hati,
"Mengapa aku dahulukan orang lain,
sedangkan diri aku merana?"
Cut the crap, ya.
Kau buat sesuatu yang bodoh, terus kau susahkan orang lain.
Susahkan hati mereka.
Usah pandang lebih jauh. Lihat saja orang terdekat.
Emak kau meneran peluh perit beranakkan kau.
Jangan nak beri ayat klise, "Tak minta lahir kedunia."
Apa yang termaktub itulah hukumnya.
Akal ada tuhan sudah beri, jangan disiakan.
Tekanan tidak akan pergi, ia akan menghantui.
Cuma cara yang betul buatkan tekanan kau pergi.
Jangan pula kau yang jadi hantunya.
Love.
P/S: pesanan untuk diri sendiri juga.
13 comments:
hanya sabar ... pasti ada hikmah disblik sesuatu kejadian..
tulis entri baru pun boleh legakan tekanan..huhu
Nk lari mcm mana, takkan dpt lari pnya.. Yg hnya kita mmpu lkukan, hadap msalah tu.
N yup, for me one of the best moment bila kita dh brjaya hadapi n slesaikan tekanan! Yees! Rsa dia, sngguh syok sekali sis..
gmbar cun!
cantik gambar.xsabar rasanya aww hahahaha
huuuu..sometimes..bila tertekan sangat..I makan sampai kenyang..pastu dah boleh senyum balik la.hihii
pressure itu kdg2 berguna buat ktia sebab kita dpt sedarkan diri kita betapa pntingnya tekanan. eh, ape merepek ni? hahaha
tekanan lagi kita lari lagi dia kejar.. bila dah selamat mengjalani tekanan.. ianya akan jadi satu pengalaman :)
tekanan tu mesti dihadapi, tak dpt lari. cuma bila kita penah, kena berhenti skjp lepas tu face balik. (: pasti akan ada sesuatu yg tersirat di sebalik tekanan itu.
jgn pernah lari dan hadapi dgn rasional.itu betul dan terabaek untuk kau.
dekatkan diri dengan Allah adalah jalan terbaik untuk larikan diri dari tekanan dan masalah. relax dear. ingat. Allah ade.. :)
lepas kan tekanan..dgn mendaki gunung atau berada di hutan rimba...hehe :D
Tekanan menyebabkan kita berusaha melaksanakan sesuatu tindakan...
Post a Comment