Assalamualaikum,
Jika pokok hutan rimbunan ditebangi,
kemana burung dan hidupan lain mahu pergi?
Jika sungai terusan terus dikotori,
kemana hidupan bawah air mahu berenang?
Jika udara kian kotor oleh asap hitam,
kemana lagi kita mahu pergi?
Dunia kini sudah uzur.
Menunggu saat untuk merapuh.
Manusia rakus merobek perut Bumi.
Punya waktukah anak-anak masa depan menikmatinya?
Atau bogelkah dunia dengan hanya kotak tinggi?
Kasihan sama bukit gunung yang kian miring.
Menunggu gelisah saat mahu dirungkai.
Cukuplah wahai manusia.
Tidakkah kamu dengar teriakannya?
P/S: alam
22 comments:
bila hati tiada simpati, manusia lebih mudah buat tak ketahui.
atas nama pembangunan cha...semua halal belaka
Turut menangis gakk
meh la kita sama2 jaga alam...
hutan dan isi di dalamnya kian pupus. terhakis ditelan bangunan pencakar langit.
kelak. cucu cicit kita takkan kenal. apa itu hutan. apa itu flora dan fauna. huhu ~
alam mengamuk. tanah runtuh. banjir melanda.
mana perginya pihak berwajib ??
manusia skarang lebih mementingkan kesenangan jgka pendek berbanding jgka pnjang..huhu..
jemput singgah blog husna..=)
http://bit.ly/LPL3qO
duniawi kita
sayangilah alam semulajadi :D
bila alam mula berbicara ..
kesan drpd ini, sume kita jgk yg hadapi...
Masa depan anak-cucu ditangan kita~
Rsa macam lirik lagu yuna la , cha. hehe
memang tengah menangis,
pembukaan tanah utk perladangan
perlu dihentikan segera.
hmmm :')
akak pun rasa sedih bila tengok bukit/gunung gondol dek tangan manusia.
sedih pn ade bila dfikirkn..
musnah alam, musnahlah generasi masa depan. bersama2 lah kita menjaga alam yg ini (:
alam ni musnah atas ketamakan manusia sendiri
pencinta alam :')
insaf...T.T
Post a Comment