06 July 2012

Kucupan sayang


Assalamualaikum,

Setiap pagi dikejutkan dengan ayam kokok tanpa lelah,
Sang suria baru ingin mencelik,
Bau air kopi kuih karipap bersantai,
Kau baru memisat mata,
Tersedar dari alam tidur,
Dikejut ibu untuk menimba ilmu,
Kau tidur, tapi dikejutkan lagi.

Ingatkah lagi saat kau ingin ke sekolah,
Tangan kasar berkerak seribu,
Memakir motor tua di satu sudut,
Melihat kau tenang masuk ke ruang perang ilmu.

Menunggu bilakah kucupan kasih sayang itu akan mendarat?
Berkalih kemudian dipegang tangan usangnya itu.
Lalu mengucup sayang.

Masa kecil, tangan ayah ibu kita kucup.
Apabila besar, tangan suami kita kucup.
Apabila tua, tangan kita mereka kucup.

Kucuplah tangan mereka,
Janganlah kau kucup tangan kekasih terlarangmu.

Love.

P/S: teringat zaman dulu peluk cium pipi tangan.
Hingga sekarang pun.

14 comments:

I'm Just Who I am.. said...

Teringat kenangan zaman kecik dulu...thx :)

laskar pelangi said...

Kalau part peluk cium mama,mesti nak menitis airmata..Tu kalau time nak balik kolej,lg lah parah..Sedih betol

mama lynn said...

sy agak segan nak kucup pipi ibu sndiri. tp tu lah alhamdulillah hub kami sentiasa baik. kasih syg terhadap ibu bapa tu bkn sekadar dengan kucupan semata-mata. yg penting pebuatan kita sehari2 juga dan layanan terhadap mereka.

nadia said...

selagi mak ayah ada, nadia akan ttp kucup tgn mereka.

Diari Si Froggie said...

hingga sekarang masih tak segan2 nak lakukan :) kerana tangan2 merekalah kita berjaya dan mampu berdiri hingga kini.. ^^

Unknown said...

you reminds me my ayah. :'(

Korn Ahmad said...

sedih plak bace nie.. smoga ayah sy tenang di sana

ZULHILMI TEMPOYAK said...

InsyaAllah.. ayah bersama mereka yang soleh.

ibnuismaini said...

Sentuhan yang sedikit tapi bermakna dan terkesan.

wachak said...

Ingatkan kat sapa tadi :p

Unknown said...

kenangan yg x dpt dibeli dgn wang ringgit

Iefa Ujang said...

masih . . . masih lagi semua 2 berlaku n akan sentiasa berlaku selagi hayat masih ade . kucup tangan umi abah :)

Afiqah said...

amboii. kucupan ituulahh yg mesra hehehe :D

radsmil said...

sedih baca entri nie...:(

Followers