06 August 2012

Cinta itu membunuhku


Assalamualaikum,

Bicara soal cinta, seperti angin tidak putus menghembus wajah.
Ia tidak pernah berhenti dipersoalkan.
Ya, seperti aku sedang lakukan.
Bicara soal cinta.

Ada berkata, cinta itu membunuh.
Ada yang bilang, cinta itu indah.
Ada yang soal, cinta itu seronokkah?
Ada yang sayu berkata, cinta itu sedih.

Fitrah manusia, mahukan cinta.
Fitrah manusia, mahu memberi cinta.
Fitrah manusia, mahu menerima cinta.

Dalam kita leka bercinta, kita lupa akan adanya duka.
Jika kita tahu bagaimana untuk memberi dan menerima,
Dan bukan hanya seorang yang memberi,
cinta itu akan indah.
Yalah, bukankah perit dikatakan cinta hanya sebelah pihak?

Apa pun, cintailah maha esa.
Kerana dia tidak pernah kecewakan kita.
Dia sentiasa menemani kita.
Ingat pada kita, cuma kita yang selalu lupa padanya.
Dia sentiasa ada.

Bukan seperti manusia, datang dan pergi.
Ikut sesuka hati apa mahunya.

P/S: pernah rasa begitu?

15 comments:

Shida Radzuan said...

teringat plak lagu dmasiv cha hehee.."cinta ini membunuhku" :)

kajaharuna said...

cinta kepada Allah cinta yang hakiki..

Cik tikah said...

cinta itu subjektif :)

. said...

pernah.
kdg2 terpikir utk lupakan trus soal cinta kpd mnusia. :)

Unknown said...

ada madu dan racun dlm dunia percintaan

aswadz said...

ntah la. mgkn prnh rasa kot.

ZULHILMI TEMPOYAK said...

harap2... anda bkn br putus cinta ek..

Unknown said...

kt slalu cari cinta dunia..terlupa dgn cinta kepada pencipta..huhu

Diari Si Froggie said...

yeah!! setuju.. cinta ilahi paling agung, konpem DIA tak pernah mengecewakan kita..

Unknown said...

sangat setuju dgn puisi anda!

a said...

cinta diri sendiri dan ibu bapa lebih bermakna..=)

ika said...

cinta kpd Allah lebih agung...:)

afzalsukasuki said...

la ingatkan lirik lagu..baru nak nyanyi huhuhu

tirahzairi said...

cinta itu sedih...huwarghhhhhh

Unknown said...

if happy ever after did exist, it would be the sweetest thing. :)

Followers