Assalamualaikum,
Semua orang berkejar-kejaran mahukannya.
Ada yang meletakkan pada masa.
Sedang gigih berlari, ada yang terus maju hingga ke tali merah.
Ada yang tertinggal di belakang jauh dari yang lain.
Melihat yang menang semakin mengecil.
Pabila mendapatnya, ada yang mensia-siakannya.
Ada yang menduakan, sambil lewa.
Erti kata lain, tidak menghargai.
Yang tertinggal jauh, dalam hati sarat mahu ke penamat.
Hanya melihat dari jauh saat difikirkan masa telah cukup.
Berhenti, duduk dan termangu.
Orang yang tertinggal ini, menghargai.
Menjaga sebaiknya seperti mana rasanya payah mahu ke penghujung.
Penuh rasa kasih dan sayang.
Bersabarlah sayang.
Walau waktu itu kamu tidak ke penamat, tapi kamu mencuba.
Biar mencuba dan tahu peritnya bagaimana,
dari berjaya tetapi tidak merasai detik payah itu.
"Falling in love was simple, one had only to yield.
Digesting another person, however, and sustaining love,
was a bloody work, and not a soft job."
-Hanif Kureishi-
Love.
P/S: ini bukan untuk soal cinta saja. kembangkan.
13 comments:
Bila baca entry cha nie.. ada sedikit semangat berdesup masuk dalam diri aida.. perit dan perih tu sebenarnya menjadikan diri kita lebih kental dan kuat :)
Apakah penamat sebuah kisah cinta? Perkahwinan yg menyatukan dua jiwa?
Perkahwinan itu satu permulaan. o.O?
kalau nak sesuatu kenalah usaha dgn gigih :)
Wah... Post entry yang terbaik... Semangat dah mai dah.. Hehe.. ^_^
mendalam. :') huhuh
^_____^
Setiap Langkah, Setiap Permulaan, Pasti Ada Perjuangan.
fiza rasa lebih semangat bila baca entry bug ni.. mendalam maksud yang nak disampaikan tu.. :')
terima kasih dengan entry nie. rasa bersemangat utk terus berusaha lalui rutin harian, bersemangat utk truskan kehidupan membesarkan ank sendirian.
terima kasih dengan entry nie :)
terus membuak-buak semangat dlm diri ni ! :)
mendalam dan menusuk hingga ke akar kolbu..huhuhu
Usehe tangge kejayaan..jgn bg terlepas pd kejayaan..hargai setiap usaha mendatang..for relation, hargai dan jangan mengabaikan..(^______^)..
Maksud mendalam =B Nice.
Post a Comment