01 November 2012

Memang begitu

Assalamualaikum,


Menghilang sesuka hati,
tetapi kenangan indah/perit ditinggalkan.

Datang apabila mahu,
tetapi tahukah, benci apabila begitu.

Kata-kata dicurahkan,
tetapi bermaksud segalanya itu?

Hasrat dinyatakan
tetapi adakah ia akan dilengkapinya?

Jauh bergembira, bergurau sana sini,
tetapi meninggalkan duka di hati lain.

Alangkah indahnya jika masing-masing memahami.
Alangkah baiknya jika masing-masing bertolak ansur.
Alangkah manisnya jika masing-masing ikhlas.

Semua orang berbeza keinginan mahupun kemahuan.
Semua orang berubah.
Semua orang mempunyai agenda tertentu.

Itulah lumrahnya.

Love.

P/S: itu bukanlah aku.
Buat mereka yang patah hati, cantumkan hati semula.

25 comments:

boni kacak said...

setuju.. buat mereka yang patah hati, kena cepat2 cantumkan hati tu semula..

Diari Si Froggie said...

kalau kenangan manis yang ditinggalkan pun perit jugak.. apa ntah lagi kenangan pahit. Betul2 cantumkan cepat2 hati tu jangan biarkan dia retak seribu tanpa dicantumkan nanti lama2 jadi dendam :)

I'm Just Who I am.. said...

Like this!

Unknown said...

"Cantumkan semula" - LIKE ! :)

ummizarra said...

love it...

yg pth hati teruskan jugak kehidupan walaupun ia nye xmungkin bercantum kembali.
ehheheheheh

wake up!!!!

Afiqah said...

yeahh. :D

Flavnesz said...

soal hati memang senang dilukai tapi sukar untuk dirawat..

## dah lama follow sini tapi tak pernah komen.. salam kenal..:)

ibnuismaini said...

Amboi, bila jauh bergembira yep... ish3... mana tau ni? thehehe.

Anonymous said...

like :)

belogisam said...

yang da patah hati,, cari sesuatu untuk cantumkan ia kembali

BTS said...

semua org ada agenda.... heheh . salam ceria!!

Unknown said...

kdg2 manusia tak menghargai apa yg ada di depan mata mereka sehingga ianya hilang tanpa dipinta

Yaya Mohd said...

ye..betul tu..
tp yaya ssh nk prktikkannya..huuuu ;p

Thomas Lee said...

alangkah indah kalau dapat dicantumnya hati yg sudah terpisah

dina kasyah said...

ok bos.noted!

Ku Syida said...

so true!

StuntWomanWho :) said...

Life must go on :)

sayang si fiffy said...

cantum cantum hati macam puzzle pulak :)

Alif Haris said...

agenda yg tak baik tu yg tak suka tu.. hmm

Dayang Deno said...

hati cepat patah.. tapi bila a kuat semangat... hati dapat dicantumkan semula... :)

Unknown said...

perkara yg pahit jgn dikenang..jadikan ia sebagai sbg pengajaran

Unknown said...

(: cantumkan hati semula. sukaaa ! macam tu la hidup, tak boleh menyerah. mesti semangat dan fight sekuat yg mungkin.

amranaiman said...

hati2 menjaga hati :)

Unknown said...

walaupun hati ni dah dicantumkan semula tetapi pada saat ini kita meniti dalam kehidupan yang sangat berbeza.. sudah tidak sama seperti dulu.. :)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :

Followers