Assalamualaikum,
Anda adalah diri anda, anda lebih mengetahui diri anda.
Anda lebih rasi dengan diri anda.
Anda lebih kenal baik buruk diri anda.
Anda lebih mengetahui persekitaran mana selesa untuk diri anda.
Tetapi kadangkala, anda tidak tahu apakah yang dimahukan.
Kerana apa?
Kadangkala, pelbagai perkara anda mahu.
Tetapi itu juga membuatkan anda buntu,
dalam mana terbaik buat diri anda.
Ada sesetengahnya diberi satu ketetapan diri yang kuat.
Dimahunya A, dilakukan untuk mengecapi A itu.
Dimahunya A dan B, dilakukan untuk mengecapi A dan B itu.
Ada sesetengahnya diberi ketetapan hati yang agak goyah.
Dimahunya A, difikirnya, "Bolehkah aku?"
Dimahunya A dan B, difikirnya, "Mahu A atau B?"
"Ya Allah, Tuhan yang mengarahkan hati-hati,
arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu."
-HR. Muslim-
"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati,
tetapkanlah hatiku pada agamaMu."
-HR At-Tarmizi-
Love.
16 comments:
hati kena tetap.. tapi kdg2 kena tapis gak ngn pemikiran.. :)
yup, kdg meragui keupayaan diri sendiri. kemudian, tak tahu nak pilih yang mana satu. :)
komen sesaja sebab dah lama tak singgah.
kdg2 hati kata nak dua2 tp hakikatnya kita tak boleh dptkan dua2 sekali gus. so kena buat pilihan yg terbaik, mana yg lebih perlu..
Nice sharing. Entri yang memotivasikan diri. :)
Hanya kita yang tahu diri kita..
Dalam banyak hal kehidupan, kita akan berhadapan dengan pilihan-pilihan yang mungkin sukar untuk diputuskan. Perlu menimbang-tara pelbagai hal sebelum keputusan muktamad dapat dibuat... [READ MORE]
terharu... ~
amin.. untuk doa last tu. hati memang selalu tak tetap.. lagi2 bila nampak banyak ruangan.. hati kata semua nak.. tapi hakikatnya tak dapat buat.
singgah sini..tak tau nak cakap pape..hehe..
semoga kita buat pilihan terbaik
terlalu byk pilihan sampai kita keliru dgn kemahuan hati,,,,,,
alhamdulilah sama2 muhasabah diri
"Ya Allah, Tuhan yang mengarahkan hati-hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu."
-HR. Muslim-
Amin...
Moga setiap pilihan yg dibuat adalah baik utk dunia dan akhirat kita. InsyaAllah :)
amin YA RABB . muhasabah diri :P
sangat bermakna. kena fahami betul-betul.
Post a Comment